Siri 1 Siri 2 Siri 3 Siri 4 Siri 5 Siri 6 Siri 7 Siri 8 Siri 9 Siri 10
Paradigma 1 Top
Soalan:
Selepas menyampaikan
ceramah berhububung kecemerlangan diri, seorang pelajar Universiti bangun bertanyakan
tentang Yakjuj dan Makjuj....... Siapakah mereka?
Jawapan:
Sememangnya Nabi amat bimbangkan keadaan umat Baginda di era Yakjuj dan Makjuj. Zainab binti Jahsy pernah bertanya: 'Adakah umat Islam akan dimusnahkan di zaman itu, sedangkan masih ada dari kalangan mereka yang salih?' Nabi s.a.w menjawab: 'Ya, apabila kekejian berleluasa.' (Muslim) Hadis ini memberi isyarat tentang 2 perkara: pertama, di zaman Yakjuj dan Makjuj golongan yang salih masih wujud tetapi kudrat mereka terhad, kedua, 'benteng' yang mendindingi Yakjuj dan Makjuj dari tamadun akan runtuh apabila kekejian berleluasa. Imam Qartubi menafsirkan 'kekejian' ini sebagai 'berleluasanya anak luar nikah.' Hamka berpendapat, berdasarkan pandangan Qartubi ini, Yakjuj dan Makjuj akan menguasai bumi ketika moral dunia runtuh dengan teruknya dan seks bebas berleluasa. Inilah zamannya! Jika demikian siapakah Yakjuj dan Makjuj? Pentingkah untuk kita mengenali siapa dia sebenarnya, berdepan dengan kemelut yang ada...?" ......... bersambung insya Allah......
2 January 2003
Paradigma 2 Top
Soalan:
Selepas menyampaikan ceramah
berhububung kecemerlangan diri, seorang pelajar Universiti bangun bertanyakan tentang
Yakjuj dan Makjuj....... Siapakah mereka?
Jawapan:
Era kemunculan Yakjuj dan Makjuj ada perkaitannya dengan keadaan kucar kacir yang akan berlaku di negara-negara Arab. Hal ini berdasarkan hadis yang telah dipaparkan di bahagian pertama sebelum ini. Di bahagian awal hadis ini telah diriwayatkan:
"Pada suatu hari Nabi
telah bangun dari tidur dalam keadaan merah padam wajah Baginda dan bersabda:
'Lailahaillallah. Kecelakaan bagi golongan Arab disebabkan kebinasaan yang hampir menimpa.
Pada hari ini telah terbuka benteng Yakjuj dan Makjuj sebesar ini (dan Nabi pun membuat
bulatan dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk Baginda).'" (Muslim)
Apa yang disabdakan Nabi s.a.w ini telah benar-benar berlaku. Timur Tengah merupakan
'kawasan panas' di era ini. Peperangan dan krisis di negara-negara Arab yang melibatkan
Palestin, Iraq, dan yang lain-lainnya menunjukkan era Yakjuj dan Makjuj ialah era kita
sekarang ini. ..... bersambung
3 January 2003
Paradigma 3 Top
Soalan:
Siapakah Yakjuj dan Makjuj.......?
Jawapan:
Segolongan umat Islam
berpendapat Yakjuj dan Makjuj ialah golongan Tartar yang telah menyerang dan meruntuhkan
kota Baghdad.... Namun Hamka kurang bersetuju dengan pendapat ini..... Segolongan yang
lain berpendapat, Yakjuj dan Makjuj ialah keturunan Khazar yang pada asalnya tinggal
menetap di kawasan yang pada hari ini dikenali sebagai Turki dan Rusia Selatan..... Ahmad
Thomson di dalam bukunya yang bertajuk Dajjal the Anti Christ terbitan Ta-Ha Publishers
Limited cenderung dengan pendapat ini...... Ali Akbar di dalam bukunya Israel and the
Prophecies of the Holy Quran terbitan Seraj Publications, cenderung untuk mengaitkan
Yakjuj dan Makjuj dengan etnik Slavs dan Teutonic yang akhirnya melahirkan bangsa Eropah
yang menguasai bumi pada hari ini.......
Berdepan dengan tafsiran yang pelbagai tentang Yakjuj dan Makjuj, Hamka telah merumuskan
di dalam Tafsir Al-Azhar: Dapatlah disimpulkan, Yakjuj dan Makjuj ialah dua nama
yang bersatu padu untuk melaksanakan aktiviti kerosakan di muka bumi. Ia boleh diertikan
sebagai isme dan ideologi sesat yang boleh membawa manusia kepada kebinasaan. Yakjuj dan
Makjuj bergerak laksana air, ia akan terus mencari ruang untuk masuk walaupun ruang itu
sebesar lubang jarum..... Kalimat Yakjuj dan Makjuj berasal dari kalimat Arab
ajja dan taajjaja yang bermaksud menyala, membakar dan
menggelegak. Zaman sekarang, mengikut pendapat ini, adalah zaman Yakjuj dan Makjuj
kerana kehidupan kita memerlukan api dan cahaya apatah lagi selepas meledaknya zaman
industri. Akhirnya manusia berjaya mencipta senjata nuklear serta sinar radioaktif dan
kesemua ini dapat membinasakan manusia dengan sekelip mata.."
(Untuk kupasan terperinci sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac,
2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
4 January 2003
Paradigma 4 Top
Soalan:
Benarkah di akhir zaman matahari akan terbit dari Barat.......?
Jawapan:
Salah satu tanda hampirnya
kejadian kiamat ialah, matahari terbit dari sebelah Barat. Perkara ini telah disabdakan
oleh Nabi s.a.w di dalam hadis-hadis yang sahih. Di sudut sains, matahari memang boleh
terbit dari sebelah Barat. As-Syeikh Syed Sabiq di dalam kitabnya yang berjudul Al-Aqaid
Al-Islamiyah menyebutkan tentang beberapa fakta menarik yang terdapat di dalam buku
Al-Islam Maal Hayah. Buku itu memuatkan laporan dari akhbar Jumhuriah bertarikh 13
Disember 1957 berhubung satu kajian yang dilakukan oleh seorang pakar di dalam bidang ilmu
alam dari Rusia. Beliau menjelaskan, memang merupakan satu hakikat, jika sesuatu planet
atau cahaya yang kuat mendekati bumi, pelbagai kejadian yang luar biasa boleh berlaku, di
antaranya, bumi akan berputar lebih perlahan daripada biasa ataupun berhenti sama sekali
sehingga pada pandangan mata kasar perjalanan matahari telah berhenti. Apabila fenomena
ini berlaku lautan boleh terbelah dua....... Berhubung dengan tempat matahari terbit,
berpandukan beberapa peta yang dilukis oleh orang-orang zaman kuno dahulu, tempat terbit
matahari tidak sama dengan keadaan yang ada sekarang. Malah Plato pernah mengatakan, bumi
sebelum ini terbenam di tempat terbitnya pada hari ini. (Rujukan: Aqidah Islam, Syed
Sabiq, CV Diponegoro, Bandung, 1978) Justeru matahari boleh terbit semula dari Barat jika
punca yang menyebabkan ia terbit dari Timur sebelum ini berulang semula, apatah lagi
berhadapan dengan komet yang sering mendekati bumi sehingga hampir-hampir berlanggar
dengan bumi, dan fenomena ini semakin kerap berlaku pada hari ini.
Di samping itu ada yang berpendapat, sabda Nabi s.a.w berhubung matahari terbit dari Barat
mungkin bermaksud, di akhir zaman ramai dari Barat yang akan memeluk Islam. Pertanda
tentangnya sudah jelas kelihatan pada hari ini. Sebagai contoh, Lucy Berrington di dalam
majalah The Times bertarikh 9 November 1993 di bawah tajuk The Spread of a World Creed
telah berkata: Semakin ramai rakyat Britain terutamanya dari kalangan kaum wanita
yang memeluk agama Islam. Jumlah mereka dianggarkan di antara 10,000 hingga 20,000 orang.
Di jangkakan di dalam tempoh 20 tahun jumlah ini akan mengatasi jumlah keseluruhan
pendatang-pendatang asing yang Muslim .... Di Britain di antara wanita yang telah memeluk
Islam ialah anak perempuan kepada hakim yang terkenal, Lord Scott. Mereka memilih Islam
selepas melihat gejala-gejala negatif melanda Barat dengan dahsyatnya, sebagai contoh
peningkatan kes-kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan
ketagihan arak. Di samping itu mereka juga kagum dengan disiplin Islam di samping jaminan
kesejahteraan hidup yang terdapat di dalam ajarannya.
(Untuk kupasan terperinci sila dapatkan buku Dr. Danial yang bakal terbit pada bulan Mac,
2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
7 January 2003
Paradigma 5 Top
Soalan:
Adakah kita sedang berada di era Dajal.......?
Jawapan:
Ada beberapa pertanda yang
menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan
pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di
sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai
pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya
sebagai Dajal), .. Dajal berkata: Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di
Baisan, adakah ia masih berbuah? Kami berkata: Ya. Berkata Dajal:
Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah. Dajal bertanya lagi: Bagaimana
dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air? Kami menjawab: Ya, ia masih
dipenuhi air. Dajal berkata: Tidak lama lagi airnya akan
kering.............. (Riwayat Muslim)
Kenyataan yang paling signifikan di dalam hadis ini ialah tentang kekeringan air di Tasik
Tiberia. Fenomena ini akan berlaku di era Dajal. Pada hari ini Tasik Tiberia dikenali
sebagai Sea of Galilee atau Laut Galilee dan ia terletak di negara Israel. Ia menjadi
sumber air bersih yang amat penting bagi negara Israel. Di zaman Dajal air tasik ini akan
surut dan fenomena ini sebenarnya sedang menjadi kenyataan pada hari ini. Reuters
bertarikh 14 Ogos 2001 memaparkan sebuah artikel yang bertajuk: Kekeringan Air Laut
Galilee di Israel Memerlukan Mukjizat Untuk Pulih. Mengikut artikel ini, air Laut
Galilee sedang berada di paras yang terendah di dalam sejarah iaitu di paras 214.04 meter,
lebih rendah dari paras bahaya yang ditetapkan. Allahu a'lam.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang
bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
9 January 2003
Paradigma 6 Top
Soalan:
Doktor, di antara tanda hari
kiamat ialah ibu akan melahirkan tuannya, dan manusia akan membina bangunan tinggi. Apakah
maksudnya?
Jawapan:
Benar. Izinkan saya menyebutkan semula tentang hadis itu. Ketika ditanya oleh Jibrael tentang hari kiamat, Nabi s.a.w bersabda:
"(Alamat hampir kiamat
ialah) apabila seorang hamba melahirkan tuannya. Dan kamu akan melihat orang-orang yang
tidak berkasut, tidak berpakaian, hidup miskin sebagai penggembala kambing duduk
bermegah-megah di dalam bangunan yang besar." (Riwayat Muslim)
Saya sempat merujuk beberapa buah kitab untuk memahami penjelasan berhubung hadis ini....
Pada pandangan saya yang kerdil, isi-isi hadis ini berhubung kait di antara satu dengan
lain.... Di akhir zaman anak-anak dari keturunan hamba sahaya akhirnya akan menjadi
merdeka dan kaya raya dan jika ini dibandingkan dengan keadaan ibu-ibu mereka, mereka
berkedudukan seperti tuan kepada ibu-ibu mereka. Contoh yang terbaik ialah golongan kulit
hitam di Amerika. Suatu ketika dahulu mereka adalah golongan terhina yang ditindas oleh
masyarakat kulit putih.
Pada hari ini ramai dari
kalangan mereka sudah menjadi jutawan serta memiliki tempat tinggal yang besar yang
bernilai jutaan dolar Amerika. Di antara mereka ialah Michael Jordan, Michael Jackson,
Oprah Winfrey, Bill Cosby, Prince, Aretha Franklin,
Whitney Houston, Spike Lee dan ramai lagi. Oprah Winfrey, sebagai contoh, memiliki harta
bernilai $900 juta seperti yang dilaporkan oleh cnn.com. Allahu a'lam.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang
bakal terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insyaAllah)
13 January 2003
Paradigma 7 Top
Soalan:
Doktor Danial, ledakan teknologi ICT begitu hebat sekali pada hari ini. Pernahkan Nabi Muhammad membuat sebarang komen berhubung dengan teknologi ini?
Jawapan:
Sebenarnya, Nabi Muhammad mengetahui tentang perubahan-perubahan yang akan berlaku di
akhir zaman, justeru Baginda memberikan kaedah umum tentang bagaimana menghadapi
perubahan-perubahan itu. Berhubung dengan aspek teknologi dan yang seumpamanya, Baginda
bersabda:
"Kamu lebih tahu tentang urusan dunia mu." (Muslim)
Hadis ini mengizinkan umat Islam memanfaatkan sebarang teknologi di zaman mereka asalkan
ia tidak melanggar dasar-dasar syariat. Berhubung dengan ICT, Nabi s.a.w bersabda:
"Demi Allah kiamat tidak akan berlaku sehingga binatang buas bercakap kepada manusia,
hujung cemeti dan tali kasut seseorang bercakap kepadanya serta paha seseorang memberitahu
kepadanya perbuatan yang dilakukan oleh keluarganya di belakangnya." (Riwayat
Tarmuzi)
Hadis ini menjelaskan tentang sistem komunikasi di akhir zaman. Di akhir zaman manusia
akan bercakap dengan menggunakan alat komunikasi yang canggih dan dengan meledakkan
teknologi komunikasi maklumat, ramalan Nabi ini telah menjadi kenyataan. Salah sebuah
akhbar di Malaysia bertarikh 7 Jun, 1996 melaporkan, sebuah sistem pengesan berasaskan
satelit telah dicipta baru-baru ini. Ia boleh di gunakan, di antaranya, untuk mengintip
suami atau isteri yang curang. Ia menggunakan rangkaian satelit berkonsepkan 'Sistem
Penentu Kedudukan Global' yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Teknologi seumpama ini
juga telah diramalkan Nabi berpandukan hadis yang telah disebutkan.
(Untuk kupasan terperinci tentang tanda-tanda Kiamat sila dapatkan buku Dr. Danial yang
terbit pada bulan Mac, 2003 "Empayar Minda Muslim", insya Allah)
15 January 2003
Paradigma 8 Top
Question:
Doktor Danial, I read so many articles in the Internet that say that the Quran motivates the Muslims to participate in the act of terrorism. Is it true? Would be glad to know your opinion.... Wilson
Answer:
Thank you Mr. Wilson... After the September 11 tragedy, many people in the West prefer to
portray Islam as a religion that promotes terrorism. In actuality, Islam is a religion of
peace and Allah wants Islam to be propagated in a peaceful manner, full of wisdom. In the
Quran chapter An-Nahl verse 125, Allah said:
"Call unto the way of thy Lord with wisdom and fair exhortation, and reason with them
in the better way."
Aggressive methods of propagating and preaching Islam is not endorsed by the Quran. In
this context, Allah said in chapter Ali-Imran verse 159:
"It was by the mercy of Allah that thou was lenient with them (O Muhammad), for if
thou had been stern and fierce at heart they would have dispersed from around thee."
Does the Quran promote terrorism? Actually, the real intent of the Quran is to stress that
force should be used only when its use is unavoidable, and only to the extent that is
absolutely necessary. Certain non-Muslims are misquoting the verses in the Quran to prove
that Islam promotes terrorism. Quoting the Quran out of context is a dangerous thing to
do. For example, chapter 2 verses 190-194 of the Quran had constantly been misquoted by
non-Muslims to 'prove' that Islam promotes violence and bloodshed. Let us look again at
these verses:
2.190. Fight against those who fight against you in the way of Allah, but do not
transgress, for Allah does not love transgressors. 2.191. Kill them whenever you confront
them and drive them out from where they drove you out. (For though killing is sinful)
wrongful persecution is even worse than killing. Do not fight against them near the Holy
Mosque unless they fight against you; but if they fight against you kill them, for that is
the reward of such unbelievers. 2.192. Then if they desist, know well that Allah is
Ever-Forgiving, Most Compassionate. 2.193. Keep on fighting against them until mischief
ends and the way prescribed by Allah prevails. But if they desist, then know that
hostility is only against the wrong-doers. 2.194. The sacred month for the sacred month;
sanctities should be respected alike ( by all concerned). Thus, if someone has attacked
you, attack him just as he attacked you, and fear Allah and remain conscious that Allah is
with those who guard against violating the bounds set by Him. (Chapter The Cow;
translation taken from Towards Understanding the Quran)
The Holy Quran comprises of revelations from God to Prophet Muhammad over a period of
twenty three years (610 C.E. - 632 C.E.). The first 13 years of the prophethood of
Muhammad were at his hometown of Makkah (Mecca), where he and his fellow Muslims were
severely persecuted by the pagans of Makkah. During that time, Muslims were not ordered to
fight back, but bear the persecutions of the non-Muslims. For 13 years the non-Muslims
terrorized the Muslims. Imagine a religion that many in the West believed promotes
terrorism asking its followers to restraint from fighting and retaliation for 13 years!
Finally, God ordered the Prophet and his fellow Muslims (known as Sahabah) to emigrate to
the city of Madinah, about 400 kilometres away. This emigration, known as the Hijrah,
marked the beginning of an Islamic society in Madinah, in which the Prophet became the
head of the state. It was not long before the polytheists of Makkah marched towards
Madinah to wage war against Muslims and destroy the Islamic state of Madinah. This battle
is known as the Battle of Badr. The verses above were perhaps the first injunctions from
God to Muslims to prepare themselves for fighting. It was obviously a war in the defence
of their homeland and their Faith. In verse 2.190, God instructs Muslims to fight back,
but not to transgress, and remain just even during the battle. They were told that
material interests should not be the motivation for their fighting, that they should not
take up arms against those were not in opposition to the true faith, that they should not
resort to unscrupulous methods or to the indiscriminate killing and pillage which
characterized the other wars. The excesses alluded to in this verse are acts such as
taking up arms against women and children, the old and the injured, mutilation of the dead
bodies of the enemy, uncalled for devastation through the destruction of fields and
livestock, and other similar acts of injustice and brutality. The Prophet prohibited all
these acts. The real intent of the verse is to stress that force should be used only when
its use is unavoidable, and only to the extent that is absolutely necessary. (See note
201, page 151, 'Towards Understanding the Quran,' Volume 1)
In verse 2.192, God, in whom the believers have faith, is forgiving and ready to pardon
even the worst criminals and sinners after they have renounced their arrogant defiance
towards Him. It is suggested that this attribute of God should be reflected in the
behavior of the believers as well. Hence, whenever the believers have to resort to armed
conflict, they should do so not for the sake of quenching their thirst for vengeance but
in the just cause of their defence. Their conflict with any group should last only as long
as that group is fighting them. As soon as it gives up this fight the hostility should
cease. (See note 203, page 152, as above.)
It should be emphasized that so many revelations in the Holy Quran came down to provide
guidance to Prophet Muhammad and the Muslims based on what they were confronting at that
time. Therefore, it is important to understand and know the historic context of the
revelations for a proper understanding of these verses. The Prophet Muhammad, peace and
blessings be upon him, was the peace maker of his time. He endured torture, hunger and the
killing of his loved ones by his enemies, but he remained a merciful person. In his most
startling conquest of Makkah only four people died. In his 23 years of struggle for Islam,
the total number of people who lost their lives from all sides was less than 2,000 in wars
that were imposed on him and the Muslim community. After looking at these facts would you
say that the Quran promotes terrorism?
I had mentioned that misquoting the Quran out of context is wrong and dangerous. To
understand the feelings of the Muslims, I would like to quote certain verses from the
Bible and the Talmud (Judaism's Holy Book) out of context, and I would like to know how do
you feel after reading this..... To be continued
(To get a general view of Islam, kindly read Dr. Danial's "The Misunderstood
Religion")
17 January 2003
Paradigma 9 Top
Question:
Does the Quran promote terrorism? What about the Bible and the Talmud?
Answer:
(continuation from Paradigma 8)...... Does the Bible promote terrorism? It is important
that we study the religious texts in their proper context. When these texts are not read
in their proper textual and historical contexts they are manipulated and distorted. It is
true that some Muslims manipulate some verses from the Holy Quran for their own goals.
This is not only with Islamic texts, it is also true with the texts of other religions.
We can quote dozens of verses from the Bible which seem very violent, if taken out from their historical context. These Biblical texts have been used by many violent Jewish and Christian groups. Crusaders used them against Muslims and Jews. Nazis used them against Jews. Recently Serbian Christians used them against Bosnian Muslims. Zionists are using them regularly against Palestinians. Let us look at a few verses from the Old Testament and New Testament and tell me what do you feel after reading this.
Destroy and make no covenant? "When the LORD your God brings you into the land where you are entering to possess it, and clears away many nations before you, the Hittites and the Girgashites and the Amorites and the Canaanites and the Perizzites and the Hivites and the Jebusites, seven nations greater and stronger than you. And when the LORD your God delivers them before you and you defeat them, then you shall utterly destroy them. You shall make no covenant with them and show no favour to them." (Deuteronomy 7:1-2)
Forced labor? "When you approach a city to fight against it, you shall offer it terms of peace. If it agrees to make peace with you and opens to you, then all the people who are found in it shall become your forced labor and shall serve you. However, if it does not make peace with you, but makes war against you, then you shall besiege it. When the LORD your God gives it into your hand, you shall strike all the men in it with the edge of the sword. Only the women and the children and the animals and all that is in the city, all its spoil, you shall take as booty for yourself; and you shall use the spoil of your enemies which the LORD your God has given you? Only in the cities of these peoples that the LORD your God is giving you as an inheritance, you shall not leave alive anything that breathes." (Deuteronomy 20:10-17)
Kill men and women? "Now therefore, kill every male among the little ones, and kill every woman who has known man intimately. But all the girls who have not known man intimately, spare for yourselves." (Numbers 31:17-18)
Slay your enemies? "I tell you that to everyone who has, more shall be given, but from the one who does not have, even what he does have shall be taken away. But these enemies of mine, who did not want me to reign over them, bring them here and slay them in my presence." (Luke 19:26-27)
Jesus did not come to establish peace on earth? "Do not think that I have come to send peace on earth. I did not come to send peace, but a sword. I am sent to set a man against his father, a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law." (Matthew 10:34-35)
Does the Talmud promote terrorism? The Jews believe in the Talmud and it is Judaism's holiest book (actually a collection of books). Its authority takes precedence over the Old Testament in Judaism. We can quote many verses from the Talmud which seem very violent, if taken out from their historical context. These Talmudic texts have been used by many violent Jewish against the Muslims especially in Palestine, and among these verses are:
Doing evil is allowed? In Moed Kattan 17a: "If a Jew is tempted to do evil he should go to a city where he is not known and do the evil there."
Death for those who disobey rabbis? In Erubin 21b: "Whosoever disobeys the rabbis deserves death and will be punished by being boiled in hot excrement in hell."
Death for those who hit a Jew? In Sanhedrin 58b: "If a heathen (gentile i.e. non-Jew) hits a Jew, the gentile must be killed."
Injustice allowed? In Sanhedrin 57a: "A Jew need not pay a gentile ('Cuthean') the wages owed him for work."
Injustice allowed, again? In Baba Kamma 37b: "If an ox of an Israelite gores an ox of a Canaanite there is no liability; but if an ox of a Canaanite gores an ox of an Israelite...the payment is to be in full."
On the surface, it seems that genocide is advocated by the Talmud. In the Minor Tractates, Soferim 15, Rule 10, there is a saying by Rabbi Simon ben Yohai which means, 'even the best of the gentiles should all be killed.' This passage is from the Babylonian Talmud as quoted by the 1907 Jewish Encyclopaedia, published by Funk and Wagnalls and compiled by Isidore Singer, under the entry, 'Gentile,' page 617. This original Talmud passage has been concealed in translation.
On February 25, 1994, an Israeli army officer Baruch Goldstein, an orthodox Jew from Brooklyn, massacred 40 Palestinian civilians, including children, while they knelt in prayer in a mosque. Goldstein was a disciple of the late Brooklyn Rabbi Meir Kahane, who told CBS News that his teaching that Arabs are 'dogs' is derived 'from the Talmud.' (CBS 60 Minutes, 'Kahane')
University of Jerusalem Professor Ehud Sprinzak described Kahane and Goldstein's philosophy as: "They believe it's God's will that they commit violence against goyim, a Hebrew term for non-Jews." (New York Daily News, Feb. 26, 1994, page 5) Rabbi Yitzhak Ginsburg declared, "We have to recognize that Jewish blood and the blood of a goy are not the same thing." (New York Times, June 6, 1989, page 5) Rabbi Yaacov Perrin concurred, "One million Arabs are not worth a Jewish fingernail." (New York Daily News, Feb. 28, 1994, page 6)
For more details about violence in the Talmud, you can read a book written by A. Hoffman II and Alan R. Critchley titled "Judaism's Strange God".
Muslims believe in all Prophets sent by Allah, and so do not misuse, misinterpret or defame the religious texts of other faiths. Even in recent times, Muslims have and are facing genocide campaigns in Bosnia, Kosovo, Chechnya, Kashmir, and Palestine but they have not questioned Judaism and Christianity. Such spirit needs to be reciprocated.
(For more details on this and other topics kindly read Dr. Danial's "The Sun Rises From The West")
20 January 2003
Paradigma 10 Top
Soalan:
Dr. Danial, apakah maksud jahiliah. Adakah zaman sekarang dinamakan jahiliah?
Jawapan:
Kalimat jahiliah berasal
dari kalimat Arab jahala yang bermaksud 'kejahilan.' Sayid Qutub di dalam Maalim fit Tariq
berkata: "(Cara hidup
jahiliah) ialah satu cara hidup yang ditegakkan di atas dasar pencabulan hak istimewa
Allah di dalam aspek pemerintahan dan kekuasaan. Jahiliah ini menjadikan sebahagian
manusia hamba kepada sebahagian yang lain di samping memberikan hak penggubalan
undang-undang, peraturan, nilai dan konsep hidup kepada manusia walaupun ia terpesong dan
terbabas dari kehendak dan perintah Allah".
Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir pula telah berkata: "Zaman jahiliah bukanlah
satu zaman yang mempunyai tarikh yang khusus di dalam sejarah. Ia sebenarnya adalah suatu
keadaan yang berlaku apabila hukum hakam dan syariat yang berhubung dengan kehidupan
ditentukan mengikut kehendak hawa nafsu manusia terpisah dari minhaj dan syariat yang
ditetapkan Allah. Jika sesuatu zaman dan tempat mempunyai ciri-ciri ini, ia telah menepati
ciri-ciri jahiliah'.
Berpandukan definisi ini, jahiliah tidak wujud hanya di zaman sebelum kebangkitan Nabi
s.a.w, sebaliknya ia boleh wujud di setiap zaman termasuk di zaman pasca-moden ini. Allah
mengutuk mereka yang reda dengan cara hidup jahiliah, dan berhubung dengan ini Nabi s.a.w
telah bersabda: "Allah paling murka kepada mereka yang beragama Islam tetapi mengikut
landasan jahiliah, dan juga kepada mereka yang ingin menumpahkan darah seseorang tanpa
hak." (Riwayat Tabrani. Diriwayatkan juga oleh Bukhari dengan sedikit tambahan)
Islam menuntut umatnya agar mengenali jahiliah di zaman mereka supaya mereka tidak mudah
terpedaya dan terpengaruh dengannya. Berhubung dengan ini, khalifah Omar Al-Khattab ra
telah mengingatkan umat Islam melalui ucapan beliau: "Sesungguhnya ikatan Islam akan
terungkai satu demi dari diri seseorang jika dia tidak mengenali jahiliah."
Manifestasi jahiliah pada hari ini wujud di dalam setiap bidang kehidupan manusia. Faktor
kritikal yang menyebabkan jahiliah ini terus hidup dan berkembang ialah meledaknya isme
dan falsafah hidup sesat yang mendasari acuan pemikiran dan nilai hidup masyarakat pada
hari ini. Di antara isme yang telah banyak mempengaruhi manusia moden ialah sekularisme,
Darwinisme, Machiavellianisme dan seumpamanya.
Di dalam Al-Quran, dasar-dasar jahiliah telah ditonjolkan di empat tempat. Dasar-dasar
yang dipaparkan oleh keempat-empat ayat ini ialah:
- Jahiliah sikap dan nilai.
- Jahiliah hukum hakam.
- Jahiliah pemakaian dan pergaulan.
- Jahiliah kesombongan.
(Untuk perincian sila dapatkan buku Dr. Danial "Empayar Minda Muslim: Modul Tarbiyah
Bagi Alaf Ketiga".
8 February 2003
Dr Danial ZA
Danial Zainal Consultancy M Sdn Bhd
04-6590208
The
information and links in this website does not represent the maintainer's attitudes,
beliefs and views unless being stated otherwise.