Ransang Minda Dr Danial


04-09-03 21-08-03 14-08-03 07-08-03 31-07-03 24-07-03 26-06-03 19-06-03 05-06-03 22-05-03 15-05-03 08-05-03  01-05-03  24-04-03 10-04-03 03-04-03 27-03-03 06-02-03


4 September 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 4 September 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

REMAJA DAN BELIA

Tuan2 dan puan para pendengar RMPP yang dimuliakan. Assalamualaikum Wbt. Alangkah sayangnya kita bersama kepada remaja2 dan juga anak2 muda kita. Kita sayang pada mereka sebab mereka merupakan masa depan kita. Merekalah pemimpin masa depan, merekalah warga negara Malaysia yg tercinta dimasa depan, mereka juga penentu halatuju negara dan juga kehidupan kita dimasa depan. Mereka hidup pada hari ini, dalam suasana hari ini, dgn cabaran hari ini untuk menjadi pemimpin pada hari esok.

Justeru kita sayangkan mereka. Apabila kita membaca akhbar yang mengatakan 20 orang pelajar STAR dibuang sekolah, kemudian selepas itu seorang pelajar MCKK [ Malay College Kuala Kangsar ] juga dibuang sekolah, kemudian kita terbaca berhubung dgn golongan samseng di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat yg telah membelasah seorang pelajar yg bernama Hafidzi sehingga salah satu buah pinggangnya rosak, kemudian kita terbaca kelmarin berhubung dengan penyataan yang dibuat oleh Kementerian pendidikkan Negara yg mengatakan 76 300 pelajar di sekolah2 di Malaysia terbabit dgn masalah disiplin. Semua ini sedikit sebanyak membimbangkan kita.

Lantas apakah yg sepatutnya kita lakukan. Saya berkeyakinan tuan2 dan puan2, agama adalah jalan keluar kepada semua masalah. Ketika Nabi Muhammad saw diutus di Makkatul Mukarramah, ketika itu bagaimana suasananya. Kalau kita membaca buku2 sejarah, kita dapat memahami suasananya. Suasana yg lebih dikenali dgn istilah ' era jahiliah '. Manusia sering bersengketa dan berperang antara satu sama lain. Anak2 perempuan selepas dilahirkan ditanam dan ditimbus hidup2. Wanita dipandang kecil, dihinakan. Arak berleluasa. Ada 1001 lagi gejala2 negatif melanda era jahiliah ketika Nabi Muhammad saw baru diutuskan. Tetapi dgn menanam nilai2 agama, bertunjangkan aqidah atau tauhid yg akhirnya melahirkan benih2 takwa. Era jahiliah berubah kepada era tamadun yg unggul sehingga tamadun ini berjaya menguasai dunia.

Sewajarnya kita bertanya bagaimana Nabi Muhammad saw boleh melakukan semua ini. Bagaimana Nabi Muhammad boleh mengubah suasana yg teruk kpd satu yg gilang gemilang. Saya merasakan itulah formula utk kita pada hari ini. Kita yg berada di era jahiliah moden, jahiliah yg melanda remaja kita termasuk pelajar2 sekolahnya, yg melanda belia kita, yg melanda org2 tua dikalangan kita. Maka kita perlukan formula seperti yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad saw. Lantas formula itu tidak lain dan tidak bukan ialah memahami agama dan menghayatinya. Ia perlu dilakukan secara bersepadu. Media masa sebagai contohnya tv dan juga mereka yg terlibat dgn hiburan, dgn lagu2, juga mereka yg terlibat dgn drama, filem harus mendekatkan tentang nilai agama secara serius dlm bidang mereka agar ia dapat diperturunkan dari masa kesemasa kpd belia dan juga remaja kita.

Saya amat sedih bila menonton tv utk mengetahui apa yg sedang berlaku. Ketika saya sempat menonton, diwar2kan filem yg akan ditayangkan tidak berapa lama lagi. Saya merasa seronok mungkin filemnya akan menyentuh tentang takwa, menyentuh tentang agama tapi secara yg kreatif. Kita pun perlukan kreativiti. Bukan cerita agama yg memudahkan tidur, tapi satu yg kreatif. Tapi tidak, yg diwar2kan ialah cinta 200 ela, kemudian diceritakan pula tentang cinta 3 musim, kemudian diwar2kan pula tentang filem terbaru Aziz M.Osman, cerita tentang romeo, something about romeo. Subhanallah, tak habis2 dgn romeo, tak habis2 dgn cinta, tak habis2 dgn lelaki perempuan. Jika inilah yg hendak kita perturunkan, apalah sangat adanya takwa, nilai murni utk masa depan remaja dan juga anak2 muda kita.

Justeru pandanga Dr Danial yg kerdil ini ialah jika agama kita kesampingkan secara serius, tidak ada kebaikkan bagi kita utk masa depan sebab kita perlukan Allah dan Allah tidak perlukan kita. Allah swt berfirman dlm surah At- Thalaq " Wamain yat taqillah hayaj allahu mah roja ". Ayat ini saya rasa saya ulang ulangi dlm Rangsang Minda saya ini beberapa kali. Saya harap anda tidak bosan dengannya. Saya ulangi " Wamain yat taqillah hayaj allahu mah roja ". Sesiapa antara kamu yg bertakwa kpd Allah, ini formula drpd Allah. Jika kamu bertakwa kpd Allah, Allah akan tunjukkan jalan keluar kpd masalahmu. Satu ayat yg ringkas, satu ayat yg cantik, satu ayat yg begitu bermakna kpd kita dan satu ayat yg tersirat padanya formula penting tentang kehidupan. Jika kita bertakwa kpd Allah, tunduk kpd Allah, mengabdikan diri kpd Allah, mendekatkan diri kpd Allah, menghayati agama kerana Allah, Allah berikan satu gerenti kpd kita insyaallah. Apakah gerentinya, jalan keluar kpd masalah yg kita hadapi.

Maka itulah yg saya rasa kita perlu fokuskan. Saya juga nak mencadangkan bagi mereka yg mengajar agama, yg bernama ustaz, ustazah, tok2 imam, tok2 lebai dan tenaga2 yg terlibat dgn dakwah. Sampaikanlah agama dgn cara yg menarik. Bercakaplah tentang agama dgn bahasa masa kini. Jangan bercakap tentang agama dgn bahasa peluru, bahasa mesingun, bahasa hentaman, tidak !!, tetapi dgn bahasa yg menarik, kreatif dan juga dikaitkan dgn sains utk menampakkan bahawa islam ini agama yg cukup maju, cukup saintifik, cukup moden, cukup kedepan, cukup kontemporari berlandaskan Al-Quran dan juga As-Sunnah yg kita harapkan dari situ akan melahirkan keinsafan, kesedaran dan kemudiannya ketakwaan. Kita nak mencuit keinsafan dan kesedaran, bukan nak mencuit kemarahan dan dendam.

Ini yg hendak saya cadangkan pada mereka yang bergelar daie, pendakwah dan guru2 agama. Cuit kesedaran dan keinsafan agar melahirkan ketakwaan secara kreatif dgn mengambil kira suasana pada hari ini yg moden dgn ICTnya dan juga dgn kemodenannya, sebab islam seperti itu. Ia datang dan sesuai bagi setiap zaman dan ia datang dgn mengambil kira setiap zaman

Jadi tuan2 dan puan2 yg saya muliakan, semoga pandangan Dr Danial yg kerdil pada pagi ini dapat kita fikirkan bersama dan kemudian semoga dapat merangsang kita utk melakukan sesuatu dipenjuru kita. Tidak kira samada kita ibubapa, kita pendididk, kita pemimpin ataupun kita remaja, kita belia, saya rasa semua kita ada tanggungjawab utk memastikan anak2 muda kita merupakan anak2 muda seperti Ashabul Kahfi.

Sebagai penutup, mari kita renungkan satu ayat tentang Ashabul Kahfi. Allah swt berfirman " Innahum fidyatun a manu birab bihim wazid na hum huda ". [ ayat 13 ]. Mereka merupakan anak2 muda yg beriman dgn tuhan mereka dan kami tambahkan petunjuk kpd mereka. Itulah model kita. Itulah contoh bagi kita Ashabul Kahfi. Mereka merupakan anak2 muda contoh dizaman mereka dlm empayar Rom satu ketika dahulu. Kehebatan mereka adalah kerana mereka beriman dan bertakwa kpd Allah sehingga akhirnya mereka mempunyai jati diri, berpegang kpd prinsip dan mampu insyaallah untuk berperanan secara positif dlm masyarakat mereka. Itulah contoh bagi kita insyaallah.


21 August 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 14 August 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

KEMERDEKAAN DAN PENGISIAN

Tuan2 dan puan2, para peminat RMPP yg dimuliakan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Kelmarin kita sama2 sempat membaca akhbar yg menonjolkan tentang beberapa maklumat penting berhubung dgn keadaan di Pulau Pinang. sebagai contoh Ketua Polis Daerah seberang Perai melaporkan sebanyak 3239 kes jenayah kekerasan dan harta benda telah dilaporkan berlaku di Seberang Perai bagi tempuh Jan - Julai 2003. Dari 3239 kes ini, sebanyak 30.9 % melibatkan golongan remaja. Ini satu fakta yg amat menyedihkan lagi membimbangkan.

Ramai golongan remaja terlibat dgn kes2 jenayah dgn contoh statistik yg telah saya sebutkan tadi. Kemudian akhbar2 juga melaporkan berhubung dgn kes2 penyalahgunaan dadah dan ia juga melibatkan rakyat di Pulau Pinang. Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Pulau Pinang berkata sebanyak 6214 org terlibat dlm pelbagai kes dadah dan dari 6214 kes itu, kaum melayu paling ramai jumlah penagihnya dgn jumlahnya seramai 3355 org, Cina 1549, India 1256 org. Ini juga satu fakta yg menyedihkan dan membimbangkan.

Di pagi ini bila saya menceritakan tentang fakta yg agak negatif ini, ia tidak bertujuan utk menimbulkan kekecewaan, tidak !!, bukan itu tujuan Dr Danial mendedahkan dan menceritakan semula fakta2 ini. Tetapi ia bertujuan utk menyedarkan kita bersama bahawa kerja2 mengisi kemerdekaan ini belum selesai tuan2, belum habis. Ada sebahagian org suka menceritakan dan menyatakan benda2 yg muluk dan qudus. Oh !! everything is ok. Tuan2 dan puan2 semua adalah baik, semua adalah bagus. Kadangkala pernyataan yg muluk dan qudus ini memperdayakan kita. Jadi bagus juga jika kita menyedarkan diri kita berdasarkan statistik yg berlaku tentang kerja2 yg perlu kita lakukan bahawa dlm masyarakat kita, masih ramai yg tidak jelas tentang halatuju hidup ini. Sebenarnya masih ramai dikalangan belia dan remaja kita yg salah keutamaan. Mereka terjebak dgn kekerasan, dgn keganasan, dgn jenayah, dgn dadah dan seumpamanya dan perkara2 ini sebenarnya tidak sepatutnya dilakukan.

Justeru dlm kita berusaha hendak mengisi kemerdekaan ini, mari sama2 kita memperingatkan diri kita dgn satu Firman Allah swt. Firman dari Surah Fussilat, Allah swt menegaskan " Waman ah sanu qaulam mim man da'a ilallah. Wa a' milas so lihaun waqa la innani minal muslimin". Dan siapakah yg lebih baik perkataannya drpd org yg menyeru org lain kpd pengabdian terhadap Allah, seraya dia sendiri melakukan amal soleh. Dia tidak hanya menyeru, tidak hanya bercakap, tidak hanya berdakwah, tidak !! dia sendiri melakukan amal soleh kata Allah. Dan dia berkata sesungguhnya aku termasuk dlm kalangan org2 yg tunduk kpd Allah.

Nak tunduk ni susah. Tunduk ambil buah kelapa senang, tapi nak tunduk kpd Allah ini susah. Tapi andaikata kita boleh mengisi kemerdekaan berpandukan ayat yg kita bacakan tadi iaitu kita mengajak diri kita, kita mengajak masyarakat, kita tidak melupakan pastinya ahli keluarga dan family kita yg terdekat, kpd Allah. Bukan kpd dadah, bukan kpd jenayah, bukan kpd pergaulan bebas, bukan kpd seks bebas, bukan kpd lepak, tidak !!, tetapi kepada Allah, kpd ibadah, kpd aktiviti2 yg baik. Kemudian disamping kita mengajak kita beramal.

Allah menekankan perkara ini kerana dlm masyarkat memang ada kelompok manusia. Kelompok pertama dia ajak tapi dia tidak buat. Macam abah yg menghisap rokok tapi mengajak anaknya jangan hisap rokok. Tak jadi tuan2. Mulut kita berasap, nak suruh anak jgn lakukan perkara yg sama, tak jadi tuan2, dia berasap juga. Lantas itu satu golongan manusia. Ajak, suruh org buat baik tapi dia sendiri tidak melakukannya. Golongan yg kedua, golongan yg soleh dan solehat. Dia membina diri tetapi buat tidak tahu apa yg berlaku dlm masyarakat. Kemungkaran berlaku dihadapan matanya, dia buat tidak tahu. Itu kelompok yg kedua. Allah menyatakan kedua2nya tidak bagus. Allah berkata tidak ada yg lebih baik drpd golongan yg mengajak dan beramal soleh.

Jadi semoga insyaallah pada pagi ini, kita sebutkan semua ini utk mengajak diri kita bersama termasuk saya yg bercakap ini, melaksanakan satu ayat ini sahaja, iaitu mengajak kpd kebaikkan, ia sudah pastinya mencegah kemungkaran dan kita membina syahsiah diri, membina jati diri menuju ketakwaan kepada Allah swt.

Semoga insyaallah dgn kerja2 seperti ini, hidup kita akan lebih bermakna dan yg lebih penting akhirnya, negara kita Malaysia yg kita sayangi, yg kita cintai ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah swt insyaallah.


14 August 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 14 August 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

TERUSKAN KEMERDEKAAN

Tuan2 dan puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Saya terfikir dan ingin menyoal tentang satu perkara. Mengapa perjuangan utk mendapatkan kemerdekaan Malaysia berjaya akhirnya. Mungkin tuan2 dan puan2 juga dapat memberikan pandangan dan jawapan, namun pada pagi ini saya merasakan satu diantara sebab yg menjadikan perjuangan ini berjaya ialah kesemua kita sepakat utk mencegah kemungkaran dan kemungkaran yg sama2 rakyat Malaysia hadapi ketika itu walaupun ketika itu negara kita belum lagi dinamakan sebagai Malaysia tetapi utk memudahkan bicara saya menggunakan juga istilah Malaysia. Kita berjaya utk mencapai kemerdekaan ketika itu sebab kesemua kita sepakat bahawa penjajahan ini merupakan satu kemungkaran dan kemungkaran ini perlu dicegah dan ditentang.

Lantas golongan muda, golongan tua, lelaki dan wanitanya, kecil dan besarnya, yg berpangkat tinggi dan rendahnya sama2 bangun utk menentang penjajahan demi untuk mendapat kemerdekaan. Ini berlaku dgn satu azam dan tekad yg tinggi. Bila gagasan Malayan Union diutarakan ia ditentang dgn azam dan tekad yg sama tingginya. Allah swt merestui mereka yg berazam dan bertindak secara bersungguh2 utk mencegah kemungkaran. Akhirnya alhamdulillah kita mencapai kemerdekaan.

Saya juga merasakan selepas kita merdeka azam dan tekad seumpama yg kita sebutkan tadi perlu disemarakkan. Cuma sekarang ianya disalurkan utk mengisi kemerdekaan dan juga utk mencegah kemungkaran terutamanya kemungkaran yg dibawa oleh barat ataupun  yg dibawa oleh golongan2 luar yg cuba merosakkan kita. Dlm konteks inilah saya teringat kpd satu sabda Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Muslim bermaksud " Kamu pasti akan mengikut langkah2 orang terdahulu sejengkal2 dan sehasta2 sehingga apabila mereka memasukki lubang2 biawak, kamu juga akan memasukkinya". Lantas para sahabat bertanya " Ya Rasulullah siapakah   mereka yg akan diikuti oleh umat islam itu". Kata baginda, " Yahudi dan Nasara siapa lagi ". Ini peringatan Nabi Seribu empat ratus lebih tahun dahulu dan ia menjadi kenyataan pada hari ini.

Selepas kita mendapat kemerdekaan, selepas penjajah keluar dari negara, kita mendapat penjajahan yg kedua. Cara hidup Yahudi dan Nasara akhirnya menjajah minda kita sehingga kita dijajah semula. Cuma sekarang dlm bentuk akhlak, dlm bentuk mindset, dlm bentuk seks bebas, dlm bentuk pergaulan bebas, dlm bentuk hiburan melampau dan seumpamanya. Alangkah beratnya usaha2 kita utk mencegah kemungkaran yg baru ini. Selepas kemungkaran, penjajahan dpt kita bereskan, dpt kita cegah, sekarang kita khuatiri saya khuatiri kita gagal mencegah kemungkaran yg lebih dasyat ataupun yg sama2 dasyat dgn kemungkaran penjajahan ini.

Justeru apa yg perlu kita lakukan ialah sebagai tanda cintanya kita kpd Malaysia ini, sebagai tanda cintanya kita kpd tanahair dan watan ini. Kita perlu insyaallah mengajak, anak2 kita, remaja kita, belia kita dan masyarakat kita secara amnya menghayati ruh perjuangan kemerdekaan dan ruh perjuangan ini ialah ruh mencegah kemungkaran. Kita tidak mahu kita dijajah oleh kuasa asing dan pada hari ini kita juga tidak mahu minda kita, mindset kita, akhlak kita, cara hidup kita, pergaulan kita, hiburan kita dan seumpamanya juga dijajah oleh kemungkaran ajaib.

Ini satu cabaran kpd kita, tetapi andaikata kita sepakat insyaallah Allah akan membantu kita. Semoga tuan2 dan puan2, anda ceria pada pagi ini, anda bahagia pada hari ini dan semoga kita sama2 jgn lupa bersyukur kpd Allah, jgn lupa bersyukur diatas kemerdekaan ini dan apabila kita bersyukur kita hendaklah  berazam utk melaksanakan tuntutan Allah dlm suasana yg merdeka ini.

Semoga insyaallah, Allah memberikan kekuatan kpd kita utk meneruskan lagi kemerdekaan ini agar akhirnya diredhoi oleh Allah swt insyaallah.


07 August 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 07 August 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

NIKMAT KEMERDEKAAN

Assalamulaikum wbt. Tuan2 dan puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan. Kita berada dibulan Ogos dan tidak berapa lama lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Jika org bertanya kpd anda adakah anda cintakan Malaysia. Saya yakin anda akan menjawab Ya !!. Saya atau kami cintakan Malaysia. Ya itulah jawapan yg sama2 akan kita lafaskan kerana kita sama2 bersyukur kpd Allah swt kerana Allah mengizinkan kita mengecapi kemerdekaan ini. Kita tidak lagi dijajah, tidak lagi didominasi dan dikuasai oleh negara asing khususnya Jepun, British dan seumpamanya. Kita bebas hidup di negara kita sendiri berpandukan acuan kita sendiri. Utk kesemua anugerah ini kita lafaskan Alhamdulillahirab bil alamin, segala puji2an bagi Allah tuhan semesta alam.

Pada hari ini selepas kita merdeka, kita perlu fikirkan pula tentang seperkara yg lain iaitu bagaimana kita nak mengisi kemerdekaan ini. Adakah kita mengisinya dgn menghancurkan negara, adakah kita mengisinya dgn melakukan sesuatu yg merugikan kita dan negara. Sudah pasti kita tidak mahu melakukannya. Tetapi apabila kita melihat disekeliling kita sebenarnya, apa yg kita kata kita tidak melakukannya. Lidah kita berkata i cintakan negara tetapi sebenarnya kadangkala kita melakukan perkara yg merosakkan perkataan dan pernyataan kita itu. Sebagai contoh akhlak kita dan amat2 menyedihkan pada minggu lepas ketika dipaparkan utk kita semua episod2 jijik dan episod2 yg mengaibkan yg dilakukan oleh segelintir siswa siswi kita khususnya di Kampung Kerinci dan juga mungkin ditempat2 lain yg melakukan perbuatan sumbang dan terjebak dgn seks lucah. Kononnya mereka di Menara Gading. Kita tidak pasti samada mereka akan mendapat gaji, menara ataupun tidak mendapat apa2 langsung.

Ini contoh ataupun sebahagian dari contoh2 yg menghancurkan kemerdekaan, menghancurkan pengisian kemerdekaan. Saya berkeyakinan andaikata kita benar2 cintakan negara, maka kita kena cintakan Allah swt kerana jika itu tidak kita gadingkan kecintaan kita kpd negara tidak akan bermakna. Kalau kita cintakan negara tapi kita tidak patuhi Allah swt, akhlak kita bercanggah dgn kehendak Allah swt. Kita cintakan negara tapi akhirnya kita rosakkan sebagai contoh kemudahan2 awam, kita cintakan negara tetapi akhirnya kita merompak dan mencuri, kita cintakan negara tetapi minum arak sehingga mabuk kemudian kita membunuh org ataupun kita memukul org, kita merosakkan harta2 rakan kita, kita cintakan negara tetapi kita melakukan perbuatan2 sumbang kita terjebak dgn seks lucah dan begitulah seterusnya. Kesemua ini adalah bercanggah dgn agama. Maka kecintaan kita kpd negara hanyalah kecintaan kosong.

Mari sama2 kita imbau ingatan kita kpd Rasulullah dan Sahabat2. Selepas mereka berhijrah Ke Madinatul Munawarrah dan kemudian mereka menegakkan negara di Madinatul Munawarrah. Mereka sama2 beribadah, mereka sama2 menjaga adab dan akhlak, mereka sama2 berperanan utk mendidik diri, keluarga dan masyarakat. Mereka sama2 bertanggungjawab. Akhirnya apa berlaku, negara mereka mendapat keberkatan dan rahmat drpd Allah swt dan negara itu disebut2kan dgn penuh kekaguman oleh masyarakat dahulu sampai sekarang. Antara mereka yg mengkagumi kejayaan negara yg dibawa dipimping oleh Nabi ialah orang2 barat yg non muslim ataupun yg bukan islam.

Jadi saya sekadar pagi ini nak ingatkan diri saya, tuan2 dan puan2 tentang mengisi kemerdekaan ini. Mengisinya dgn sesuatu yg baik yg mulia dan sesuatu yg baik yg mulia itu mestilah berdasar dan bertonggakkan agama. Anda masih ingat Firman Allah swt, masih ingat Firman ini yg berbunyi " Wamain yat taqillah hayaj allahu mah raja....." bermaksud sesiapa diantara kamu yg bertakwa kpd Allah, Allah akan ilhamkan kpdnya jalan keluar kpd masalah yg dihadapinya dan Allah akan curahkan rezeki dari pintu2 yg belum pernah difikirkan olehnya selama ini. Itu keuntungan takwa.

Lantas inilah satu diantara agenda kita terutama kita yg beragama islam selepas merdeka, inilah yg perlu kita lakukan membina takwa agar insyaallah negara kita yg tercinta ini dihuni oleh org2 yg mulia dan org2 inilah ya akan mendapat keberkatan dan apabila mereka mendapat keberkatan negara juga akan mendapat rahmat drpd Allah swt.

Mari sama2 kita isikan kemerdekaan ini dgn ketakwaan kpd Allah. Itulah insyaallah yg hendak disebutkan dan lagi sekali kita ucapkan sebagai akhir kata kita bersyukur kpd Allah diatas kemerdekaan ini kerana tanpanya kitapun tidak dapat membina takwa seperti yg kita sebutkan tadi. Alhamdulillah.


31 July 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 31 July 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

Tuan2 & puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan, Assalamualaikum. Bagi rakan2 kita berbangsa cina, rupa2nya bulan ini merupakan bulan hantu2 lapar bagi mereka ataupun dlm bahasa inggerisnya diistilahkan sebagai The month of the hungry ghost. Saya mengetahui perkara ini selepas bertanya dgn rakan2 yg bukan islam berhubung perkara ini kerana dlm melaksanakan tugas harian sebagai doktor perubatan dan juga motivator, saya sering bertemu dgn mereka yg bukan islam terutamanya mereka yg mewakili syarikat2 Pharmaceutical ataupun syarikat2 pengeluar ubat2an. dlm proses utk membeli ubat dan juga mengenali ubat2an baru.

Dlm pertemuan2 itu mereka berkata kpd saya, Oh nampaknya bulan ini, klinik2 perubatan akan kekurangan pesakit. Saya bertanya mengapa, sebab bagi org2 cina, bulan ini dianggap sebagai bulan hantu2 lapar lantas mereka tidak mahu pergi ke hospital ataupun klinik kerana mereka khuatiri hantu2 ini akan mendatangkan lebih banyak kesakitan kpd mereka. Yang paling mereka tidak mahu lakukan pada bulan ini ialah melakukan pembedahan ataupun melakukan prosedur2 penting kerana seperti  yg saya sebutkan tadi dikhuatiri pembedahan dan prosedur2 itu tidak akan berkesan kerana diganggu oelh hantu2 lapar ini.

Rupa2nya bagi org2 cina, pada bulan ini hantu2 dan roh2 dibebaskan dari neraka, tetapi dibebaskan hanya utk sebulan. Selepas dibebaskan, hantu2 ini oleh kerana tidak diberi makan sekian lama mereka amat kelaparan pada bulan ini. Justeru org2 cina biasanya akan menjamu hantu2 ini dgn pelbagai juadah dan makanan kerana org2 cina mahu menawan hati hantu2 ini dan kata mereka apabila hantu2 ini kekenyangan mereka tak akan mengganggu manusia. Lantas kenyangkan mereka, kita selamat.itulah kepercayaan rakan2 kita berbangsa cina.

Saya berterima kasih pada mereka kerana memaklumkan kpd saya tentang budaya dan kepercayaan mereka. Saya merasakan kita di Malaysia berada dlm keadaan majmuk dan masyarakat kita, kita ketahui adalah masyarakat majmuk. Saya beragama islam tetapi saya kena menyedari ramai org yg tidak islam. Saya juga menyedari adalah salah dlm agama islam utk semata menyerang agama2 lain. Mencaci agama2 lain. Ini bukan diajar oleh agama terutamanya memaki hamun agama2 lain. Ini bukan adap org islam. Perbuatan seperti itu dianggap salah oleh islam. Yang perlu kita lakukan ialah Try to understand, cuba memahami ajaran mereka, kemudian selepas itu kita berkonsi ilmu, berkongsi pandangan secara ilmiah dan dgn cara demikian kita mengenali agama dan cara fikir serta kepercayaan mereka dan insyaallah mereka juga akan memahami kepercayaan, cara fikir dan juga budaya kita.

Seringkali selepas mereka memberitahu kpd saya tentang kepercayaan mereka, saya akan mengucapkan jutaan terima kasih pada mereka, kemudian saya akan meminta izin utk menerangkan pula kepercayaan agama saya. Kelmarin selepas mereka memberitahu kpd saya tentang bulan hantu2 lapar ini, saya pun berterima kasih dan berkata pula kpd mereka. Oh begitu, ini you punya kepercayaan. Bagi org islam pula kami di ajar agar tidak  takut kpd hantu. bagi kami hantu ini adalah iblis dan syaitan. Mereka tidak gagah, tidak perkasa kerana mereka adalah makhluk Allah swt. Bagi agama kami, org yg takut kpd hantu, mereka syirik kpd Allah. Kami disuruh takut kpd Allah. Tetapi takut kpd Allah bukan bermaksud lari drpd Allah. Berbeza dgn takut kpd hantu. Kita cuba menjauhi hantu tapi takut kpd Allah agak pelik sedikit. Takut kpd Allah ialah dgn mendekati Allah dan melaksanakan perintah2nya.

Ekspek kedua  saya mengatakan pada mereka, kami tidak menghalau hantu dan iblis dgn memberi mereka makanan, tidak. Kami tidak menjamu mereka dgn makanan itu dan ini, tetapi kami meminggir iblis dan syaitan ataupun hantu dgn menguatkan hati secara bersolat, berzikir, bermujahadah dan melakukan ibadah2 serta aktiviti pengabdian kpd Allah. Selepas saya menerangkan ini kpd mereka, mereka pun mengangguk kepala terdiam dan juga berkata terima kasih. Oh ini satu maklumat yg baik.

Tuan2 dan puan2 para pendengar yg saya muliakan. Saya merasakan inilah pendekatan yg   perlu sama2 kita lakukan. Saling faham memahami tentang kepercayaan agama lain dgn cara demikian kita mengetahui mereka dan dlm kesempatan yg sama kita memahamkan mereka tentang kepercayaan kita. Disana ada unsur dakwah sebenarnya. Kalau kita membicara tentang dakwah, diasana ada unsur dakwah. Andaikata kita pandai mengolah, kita pandai menceritakan secara hikmah, secara bijaksana dan mungkin disana akan memberi kesan yg baik pada jiwa mereka yg ingin memahami insyaallah.

Lantas saya mengharapkan drpd kita org2 islam bertengkar sesama kita berhubung dgn Fekah2 ranting, drpd kita sesama kita bertengkar berhubung dgn benda2 cabang yg tidak habis habisan sejak dahulu sampai ke hari ini, mari kita ubah Paradigma, tak perlulah kita bertengkar panjang sesama kita berhubung benda2 ranting. Mari kita ubah Paradigma, kita bersembang dgn rakan2 yg bukan islam dan diperingkat awal kita bersembang, dengar dahulu pandangan mereka, kepercayaan mereka dan selepas itu kita sampaikan pula kepercayaan kita semoga dgnnya ada kebaikkan yg akan terhasil dari situ.

Kita melaksanakan peritah Allah swt yg terdapat dlm Surah Al-Maidah yg bermaksud " Hendaklah kita bertolong tolongan dlm perkara kebaikkan dan takwa, tapi jangan bertolong tolongan dlm perkara dosa dan permusuhan". Perkara dosa, permusuhan, konfrantasi itu jgn kita lakukan.Semoga insyaallah ayat ini menjadi landasan kpd pergaulan kita dgn rakan2 kita yg bukan islam yg sebenarnya ada kepercayaan, ada kebaikkan yg perlu kita dekati, yg perlu kita kenali sebenarnya disamping mereka juga perlu mengenali kita.

Semoga dgn cara demikian insyaallah kita dapat hidup dgn aman dan harmoni dari masa kesemasa insyaallah.


24 July 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 24 July 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

MENJADI INSAN YANG TERBAIK

Tuan2 & puan para pendengar RMPP yg dimuliakan. Semua insan mengidamkan kebaikan dan jika boleh, kita ingin menjadi insan terbaik. Sebenarnya kita sudah menjadi golongan   terbaik sebab Allah swt   berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 143 yang berbunyi " Wakaza likajaalna kum ummataun wasata ". [ mgkn sebutan lain cuma nak jelaskan ayat ] "Dan demikianlah kami telah menjadikan kamu umat wasata ". Wasata  ditafsirkan oleh ulama tafsir sebagai pilihan. Justeru ayat yg saya bacakan tadi bermaksud "Dan kami telah menjadikan kamu umat pilihan".

Maka kita memang seorang ataupun golongan special. Golongan istimewa disisi Allah swt. Tetapi keistimewaan kita bersyarat. Syaratnya ialah takwa kpd Allah swt. Andaikata kita merupakan insan yg tinggi takwanya, insyaallah kita menepati syarat Allah maka layaklah kita bergelar umat special, insan terpilih yg dikasihi oleh Allah swt. Satu diantara cara utk kita mencapai ketakwaan ini ialah dgn memantapkan ilmu. Ilmu pula ada banyak bahagiannya. Ada ilmu perubatan, ada ilmu kejuruteraan ataupun engineering, ada ilmu sains, ilmu sastera, berbagai ilmu boleh kita tuntut, tetapi yg terutama ialah ilmu yang berkaitan dgn agama.

Sebab itu Nabi saw bersabda berpandukan riwayat Imam Muslim bermaksud "Sesiapa yg Allah menghendaki kebaikan baginya, maka Allah memantapkan baginya ilmu agama". Ini perkaitan antara takwa dgn ilmu. Jika Allah menghendaki kita menjadi org baik,maka Allah membantu kita memantapkan ilmu agama. Justeru kita boleh pelajari ilmu2 apa pun, tetapi yg menjadi obor, yg menjadi induk kpd segala ilmu ialah ilmu agama. Apabila ini kita kuasai kemudian ia bersinar dihati kita kemudian kita pelajari ilmu2 tambahan yg lain cantik jadinya. Ketika itulah kita menjadi apa yg pernah saya sebutkan di RMPP satu ketika dahulu, kita menjadi Protaz bukan ustaz, bukan golongan profesional tetapi gabungan kedua2nya. Pro melambangkan profesionalisma kita, kita mungkin org yg ada ijazah, kita mungkin Doktor, kita mungkin engineer, kita mungkin accountant dan seumpamanya, tapi itu saja tidak mencukupi. Jika sekadar kita hebat dlm bahagian ilmu dunia ini, tidak mencukupi. Kita mahu juga kekuatan agama. Seolah2nya kita ustaz ataupun ustazah seolah2nya demikian.

Maka gabungan kedua2 kebaikan ini, kita istilahkan utk mudahkan kefahaman sebagai Protaz iaitu Profesional ustaz. Maka jadilah kita insan yg boleh berperanan dibidang duniawi, dibidang pembanggunan, di negara kita, di negeri kita, di penjuru kita masing2 dan kita juga org yg tahu agama, menghayati agama dan berakhlak berpandukan agama. Masyaallah jika itu ada pada kita, segala puji2an kita curahkan, kita berikan kpd Allah swt. Ini yg saya harapkan ada pada anak2 hari besok. Mereka ada 2 ilmu yang merupakan kekuatan. Saya akui ini bukan suatu yg mudah. mungkin utk bercakap, bersembang agak mudah, tapi utk melaksanakannya ia mencabar. Bukan mustahil, bukan tidak boleh, tapi ia mencabar. Tapi saya mengharapkan tuan2 & puan2 berusaha kearah itu. Jadikan anak2 kita ini anak2 Protaz.

Semoga dgnnya insyaallah, kita telah berjaya menjadikan anak2 kita org yg boleh mencapai hasanah didunia ataupun kebahgiaan didunia dan juga insyaallah hasanah di akhirat ataupun kebahgiaan di akhirat. Tapi jgn lupa apa yg saya sebutkan tadi, kita bermula dgn ilmu agama kemudian kita perkembangkan dgn ilmu2 duniawi ataupun ilmu2 yg baik yg lain, yg berkaitan dgn hidup kita kemudian dari situ kita hayati sehingga kita mencapai makam takwa dgn izin Allah swt kemudian kita berperanan dlm masyarakat disemua bidang yg telah kita kuasai tadi.

Itulah harapan saya dan saya merasakan juga itu juga harapan anda insyaallah. Marilah kita sama2 berusaha kearah itu agar kita melahirkan kebaikkan di negara kita yg tercinta ini insyaallah.


26 June 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 26 Jun 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya.

WANITA DAN KESELAMATAN DIRI

Tuan2 dan puan2 yg dimuliakan, assalamulaikum wbrt. Saya rasa tuan2 dan puan2 maklum tentang apa yg telah berlaku kpd mendiang Canny Ong Lay Kian. Canny Ong Lay Kian yg berumur 29 tahun ini dicolek ditingkat bawah tempat letak kereta bertingkat disebuah pusat membeli belah di Bangsar baru2 ini iaitu pada 13 jun. selepas  beliau dicolek, beliau dirogol, kemudiannya dibunuh dan akhirnya polis menemui satu jasad yg rentung. Dgn menggunakan sistem moden utk mengenal pasti DNA seseorang, pihak polis mengenal pasti mayat yg rentung itu ialah mendiang Canny Ong Lay Kian.

Apa yg berlaku ini perlu diiktibarkan. Org yg pintar yg ada hikmah tidak hanya melihat isu dan kejadian. Mereka hendaklah mengambil pengajaran drpd isu dan kejadian. Itu sikap org yg pintar, yg cerdik, yg mahukan kejayaan. Mungkin diantara iktibarnya ialah sistem keselamatan ditempat2 terpencil seperti tempat letak kereta bertingkat dipasaraya perlu dipertingkatkan. Maksudnya jgn hanya ujudkan tempat letak kereta bertingkat. Sistem keselamatan juga perlu ditingkatkan. Mungkin ini satu yg boleh didetailkan.

Kedua, adakah undang2 kita termasuk, undang2 yg berkaitan dgn rogol, ada unsur2 yg menakutkan yg menyebabkan segelintir manusia yg melakukan jenayah berfikir 20 kali sebelum melakukan jenayah, sebab dia merasakan perbuatannya tidak berbaloi sebab undang2nya begitu keras jika ia melibatkan nyawa. ini pandangan saya sebagai seorang yg jahil undang2, tapi saya nak berikan juga pandangan utk kebaikkkan bersama. Mungkin ini juga boleh kita fikirkan. Apa yg hendak saya tekankan ialah tentang noktah yg ketiga yg bakal saya sebutkan, tentang keselamatan bagi diri wanita.

Mungkin bila kita fikir2kan, sekarang baru kita nampak, mungkin rahsia salah satu ajaran dalam islam. Iaitu nabi saw menyuruh, jika seseorang wanita pergi ketempat2 yg berbahaya ataupun  yg boleh mendatangkan bahaya, jgn pergi kesana seorang diri. Hendaklah beliau ditemani oleh seorang yg  dipercayai, iaitu sebagai contoh seorang muhrim, seorang wanita perempuan yg bermusafir ketempat2 yg berisiko tinngi hendakklah ada muhrimnya iaitu bapanya, suaminya, abangnya, adik beradiknya dan seumpamanya yg boleh membantunya disaat2 kecemasan. ini memang termaktub dlm hadis. Saya tidak mengatakan bahawa wanita wajib ditemani pada setiap ketika, tidak, kadangkala dia boleh pergi ketempat2 tertentu seorang diri sebab suasana ditempat itu menjamin keselamatannya, tapi disesetengah ketika, musafir seorang wanita perlu ditemani oleh seseorang yg boleh dipercayai. Mungkin pernyataan rasulullah saw seperti yg saya sebutkan tadi, ada relevannya melihat kpd apa yg sedang berlaku dan sering berlaku pada hari ini.Kes wanita dicolek, dirogol, dibunuh bukan perkara pinggiran, perkara yg sering kita dengar pada hari ini, dizaman yg dikatakan moden, canggih, zaman ICT ini.

Lantas, itu mungkin satu diantara kecantikkan ajaran islam yg boleh kita fahami pada hari ini. Bagi saya juga, anak2 perempuan kita, saya rasa perlu juga terlibat dgn self defence. Saya nak mencadangkan anak2 perempuan kita kena belajar sebagai contoh silat. Kena terlibat dgn seni mempertahankan diri. Saya memang menggalakkan ini untuk anak2 perempuan saya. Mereka saya suruh masuki Silat Gayung, paling2 kurang utk pertahankan diri, contoh jika berlakulah pada mereka yg belajar ilmu pertahankan diri, kes yg berlaku keatas mendiang Canny ini, mereka boleh pertahankan diri dan dlm proses itu mungkin membelasah lelaki yg nakal dan jahat itu dlm proses mempertahankan diri. Saya mencadangkan sangat wanita2 hari ini ada ilmu self defence. Ada ilmu utk pertahankan diri yes utk pertahankan diri dan ini agak selari dgn apa yg pernah nabi saw sabdakan, berpandukan sebuah riwayat oleh Imam Muslim yg bermaksud " Orang mukmin yg gagah lebih baik dan lebih allah sayangi drpd org mukmin yg lemah ". Ini pernyataan rasulullah.

Lantas yg gagah ini, yg tough, yg boleh pertahankan diri dan pastinya gagah juga melibat minda, melibatkan iman. Iman pun mahu gagah. Jangan pula badan tough tapi hati seperti cendol, iman seperti agar2, badan saja tough. Tak mahu juga demikian. Kita mahu semua tough tapi tanpa kita abaikan iaitu tubuh badan kita juga kena tough, kena boleh pertahankan diri. Semuanya berkaitan. Itu ajaran rasulullah saw. Mungkin anda boleh fikirkan utk kebaikkan diri sendiri dan juga kebaikkan anak2, dan juga masyarakat insyaallah, tapi saya mendoakan agar insyaallah masyarakat kita, akan menjadi masyarakat yg tidak ada jenayah. Ini mungkin satu harapan yg jauh sangat, tapi paling kurang kita harapkan insyaallah masyarakat kita merupakan masyarakat yg matang, yg dpt mengurangkan jenayah. Itu mungkin lebih logik insyaallah.

Semoga insyaallah, apa yg saya sebutkan pagi ini mendatang manafaat bagi anda yg saya muliakan. insyaallah


19 June 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 19 Jun 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya..

MENCARI HARTA KARUN

Tuan-tuan dan puan-puan para pendengar RMPP yg dimuliakan,assalamaulaikum wbrth. Anda biasa dengar dgn ekspedisi mencari harta karun. Ia diadakan dari masa kesemasa. Mereka yg terlibat dgn ekspedisi ini akan diberikan beberapa arahan oleh pengarah ekpedisi. Mereka perlu persiapkan diri dgn beberapa persiapan dan kekuatan tertentu. Mereka mungkin perlukan peta utk berjalan dan menentukan destinasi. Kemudiannya mereka perlu mencari dan terus mencari sehingga kesemua harta karun yg diperlukan dpt mereka temui, kemudian adalah diantara mereka yg akan bergelar juara.Itulah lebih kurang kisahnya tentang ekspedisi mencari harta karun.

Tuan-tuan dan puan-puan yg dimuliakan, mahu tak anda terlibat dgn satu lagi ekspedisi harta karun. Ekspedisi mencari harta karun ini ialah ekspedisi yg real, yg benar, yg hakiki dan harta karunnya masyaallah fantastic. Harta karunnya hebat, tidak ada tolak bandingannya. Ekspedisi ini tidak akan merugikan anda. Saya nak beritahu pada anda, kalau anda tidak mahu terlibat anda akan menyesal. Harta karunnya ialah seperti yg tuan pengarahnya sebutkan. Bunyinya begini, " Aku yakni Allah telah sediakan bagi hambaku yg soleh ganjaran yg matanya tidak pernah melihat, telinganya tidak pernah mendengar dan hatinya tidak pernah merasai kehebatan anugerah allah itu". Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Inilah harta karunnya. Begitu hebat, begitu lazat, begitu unggul, begitu indah, begitu cantik sehingga mata kita tak pernah melihat. Kecantikkan yg pernah kita lihat jika dibandingkan dgn harta karun itu kecil. Telinga tidak pernah mendengar, kita dengar lagu2 yg mengasyikkan, menghairahkan, itu semua kecil berbanding dgn harta karun ini yg telinga tidak pernah mendengar tentangnya, hati tidak pernah merasa. Harta karun itu ialah syurga. Syurga ini disediakan oleh allah swt. Dia yg maha kaya. Ekspedisi mencari harta karun yg biasa  diadakan oleh org yg tidak kaya pun, terpaksa minta derma sana sini. Dr Danial pun dia minta juga, tak kaya, tapi nak sediakan harta karun. Allah swt maha kaya, lantas harta karunnya sebenar-benarnya harta karun. Tapi sayangnya ramai yg tidak mahu terlibat dgn ekspedisi ini.

Lantas tuan2 dan puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan. Begitulah dgn hidup kita pada hari ini. Kita berada dlm satu ekspedisi. Ekspedisi ini tujuannya jelas. Kita mengharapkan Jannah, tetapi kita perlukan persiapan, persiapannya ialah ilmu dan ibadah seperti yg disebutkan oleh Imam Al-Ghazali dlm kitab2 beliau yg terkenal yg bertajuk Minhajul Abidin. Dlmnya beliau berkata 2 perkara paling penting yg perlu manusia lakukan utk berjaya dunia sampai akhirat. Kedua2nya ialah menguasai ilmu dan selepas itu disusuli dgn amal ataupun dgn ibadah. Maka itu persiapan kita. Masa yg diberikan kpd kita terhad. Masa itu ialah masa hidup didunia ini sahaja. Apabila kita mati, kita tidak ada lagi peluang utk belajar ataupun tambahkan ilmu dan juga utk beribadah. Masa utk kita mencari ilmu dan beribadah ialah ketika hidup didunia. Mereka yg akhirnya mendapat harta karun ini, mereka semuanya juara.

Justeru tidak mahukah anda kpd harta karun ini. Saya yakin anda mahu, tapi saya juga yakin ramai diantara kita yg berkata mahu tetapi tidak bersungguh2 mengharungi jalan ekspedisi ini. kita sama2 berdoa pada allah swt agar kita tidak ketinggalan dlm ekspedisi ini sebab andaikata kita ketinggalan seperti yg saya katakan awal2 tadi, kita rugi kita akan menyesal.

Semoga insyaallah, allah berikan kekuatan pada kita utk menambahkan ilmu dan amal ibadah. semoga insyaalah hasil drpd itu dgn rahmat dari allah swt kita akan mendapat harta karun itu yg bernama Jannah. Semoga Insyaalah itu akan dapat sama2 kita capai dgn ilmu dan ibadah insyaallah.


5 June 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 5 Jun 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya..

NILAI HIDUP

Assalamualaikum wbkt. Tuan2 puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan. Seminggu dua ini media masa kita memaparkan tentang beberapa isu serius yg berkaitan dgn masyarakat kita. Isu yg dipaparkan itu menyentuh tentang cetak rompak, vcd lucah dan seks bebas yg dilakukan oleh remaja2 serta belia kita. Bagi saya isu ini berkaitan dgn nilai dan nilai tidak boleh kita pisahkan drpd agama.

Seseorang yg membeli 1 vcd cetak rompak, maksudnya dia tidak jujur dlm hidupnya. Dia sanggup membeli sesuatu yg murah walaupun haram. Baginya murah lebih penting drpd haram. Demikian juga dgn vcd lucah, dia sanggup membeli utk melihat isi2 perisian itu, sebab nilainya sudah tidak betul. Baginya yg penting ialah dia memuaskan nafsunya. berhubung dgn batas2 halal dan haram semuanya itu baginya kecil.

Demikian juga dgn seks bebas, walaupun islam mengesyorkan perkahwinan dilakukan diperingkat awal, malah jika nafsu kita terlampau bergelora, islam mengatakan bahawa kita boleh berkahwin awal, tetapi sebahagian dari ahli masyarakat termasuk yg muda remajanya tidak berpandangan seperti itu. Mereka merasakan It is ok to do sex early bukan berkahwin early. Mereka lebih menyakini bahawa yg paling penting ialah melakukan hubungan seks awal.

Semuanya berkaitan dgn nilai yg sudah bercampur aduk, yg sudah tidak sistematik dlm masyarakat kita. Sebab itu andaikata kita nak selesaikan perkara ini, pada pengamatan kerdil saya, kita kena berbalik pada nilai yg ditekankan agama. maksud saya agama bagi saya akan menentukan nilai hidup kita, sebab agama mangajar kita tentang nilai dan nilai itu dikaitkan kpd allah yg maha mengetahui dan maha melihat. Dari situlah akan lahir ikhlas, akan lahir syukur, akan lahir jujur dan yg seumpamanya dan nilai ini dipandu arahkan oleh takwa.

Justeru Nabi saw bersabda dlm sebuah hadis yg sahih " Bertakwalah kamu kpd allah dimana saja kamu berada ". Penekanan Nabi disini ialah dimana saja kita berada, dirumah, dikedai, dipasaraya, ketika membeli vcd, ketika menonton tv, ketika menonton wayang dan seumpanya, bawalah takwa agar dgnnya nilai kita betul. Nak beli vcd ada nilainya, nak berlawak jenaka ada nilainya, nak tengok wayang ada nilainya disuluhi oleh takwa. Dgn cara demikian insyaallah anak kita akan selamat dan akhirnya masyarakat kita akan selamat insyaallah.

Bayangkan dizaman Nabi saw, jika hendak kita bincang benda besar dizaman Nabi itu memang beres. Tapi kita bincang benda kecil2. Contohnya bagaimana Nabi berjenaka dan berlawak jenaka. Lawak jenaka satu yg popular sekarang. Komedi memang disukai ramai. Rasulullah juga berlawak jenaka, tapi lawak jenaka Nabi ada nilai. Apa nilai yg nabi bawa ketika berlawak jenaka. Nabi pernah berkata pada sahabat. Ya aku berjenaka padamu tapi aku tidak pernah mengatakan melainkan sesuatu yg benar. Sesuatu yg benar disini adalah nilai. Maksudnya ketika sedang berjenaka pun nabi jaga batas2 kebenaran. Itu nilai. Ketika sedang berkomedi pun nilai2 kebenaran, nilai2 agama dijaga.

Adakah semua ini kita jaga. Sebab itu bila saya fikir2kan tentang muda remaja, tentang anak2 kita malah tentang anak saya sendiri. Saya merasakan satu diantara punca nilai ini tidak betul ialah anak kita melihat pertembungan nilai ini berlaku setiap hari. Disekolah sudah pastinya guru dan pendidik akan mengajar nilai yg betul. Ustaz dan ustazah berkata hendaklah kita ikhlas, marilah kita bertakwa kpd allah, jgn tipu tuhan sebab kita tak akan berjaya menipu tuhan. Pendidik yg lain juga juga mengajar lebih kurang sama. Tapi kemudian disebelah malamnya mungkin dia tengok gambar " Diamond are forever ", gambar terkenal satu ketika dahulu dan masih terkenal sampai sekarang. Gambar James Bond.

Tuan2 dan puan2 kenal James Bond ?. Pasti kenal sebab satu diantara gambarnya ialah diamond are forever. Berlian adalah utk selama-lamanya. Rumusan gambar itu, jika merompak, menipu, mencuri, kita masih boleh berjaya. Itu nilai. You merompak, you mencuri, you masih boleh berjaya akhirnya. Anak2 kita sudah melihat satu nilai baru. Oh !! menipu, merompak ada keuntungan. Kemudian dia tengok iklan.

Semalam saya ternampak satu iklan, sepatutnya dlm iklan kita pun kena ada nilai agama pastinya. Tapi satu iklan yg semalam saya lihat di tv berhubung dgn anak perempuan yg keluar dgn pakwenya. Kemudian siibu memanggil anak dgn pakwenya agar mendekatinya, Tapi yg penting bagi siibu ketika itu bukan sangat anak perempuan keluar dgn pakwe, tapi bahan pencuci apa yg kamu gunakan sehingga bajumu itu putih dan bersinar. Subhanallah itu nilainya Yang anak perempuan keluar dgn pakwe, itu isu kecil, isu besar ialah guna serbuk pencuci apa.

Tuan2 dan puan2 mungkin melihatnya kecil, bagi saya besar, sebab bagi kita yg faham sedikit sebanyak nilai ini ok, tapi bagi budak2 kecil yg baru nak belajar nilai dan dari awal terdedah dgn bahan seperti ini, apa yg akan dia faham. Dia faham bab pakwe dan makwe ni tak apa, yg penting cantik, yg penting baju bersinar. Semuanya ini sebenarnya memberi kesan pada hidup kita. kesannya mungkin kita tak nampak hari ini, tapi kita akan nampak lago 10 atau 20 tahun, ketika itu bila kita nak membuat perubahan, alangkah susahnya utk melakukan perubahan ketika itu.

Justeru bila kita bercakap tentang cetak rompak, tentang vcd lucah, tentang seks bebas ataupun yg lainnya, saya rasa marilah kita kembali pada benda yg paling penting dan paling asas iaitu kembali kpd agama. Bagi org islam marilah kita kembali kpd Al-quran dan As-sunnah. Jadikan semua tindak tanduk kita disuluhi oleh agama termasuk komedi kita, iklan kita patah lagi cara hidup kita dlm bentuk pergaulan harian kita dgn anak2, jadikan kesemuanya ini disuluhi oleh nilai agama, nilai takwa. Dgn cara demikian saja, saya rasa insyaallah banyak masalah, saya tak berkata semua masalah, saya berkata banyak masalah mungkin dpt kita selesaikan, dpt kita redakan dari masa kesemasa insyaallah.

Jadi kembalilah kpd agama kerana agama itu mudah tidak susah tapi pada agama itu ada banyak kebaikan, banyak penyelesaian yg akan membantu seluruh hidup mita insyaallah. Itulah keyakinan saya yg hendak saya lontarkan pada pagi  yg permai ini semoga ada kebaikkan bagi saya yg kerdil dan ada kebaikkan bagi anda yg saya muliakan insyaallah.


22 May 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 22 Mei 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya..

MEMBUKA MINDA UMAT ISLAM

Tuan2 dan puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan Assalamualaikum wbkt. Saya meyakini agama islam adalah satu agama yg lengkap lagi komprehensif dan saya juga meyakini , anda juga meyakini konsep itu . Justeru pada hari ini kita hendak melonjakkan konsep yg saya sebutkan tadi . Kita hendak menampakkan kepada manusia sejagat tentang keunggulan dan kehebatan islam. Jika itulah tujuan kita bersama ,cara kita menerangkan tentang islam pada hari ini perlu berubah. Jika kita selama ini hanya bercakap tentang perkara yg sama lagi sempit kita kena berubah.

Pada minggu lepas saya menyatakan tentang satu lontaran idea yg saya lontarkan di Tapah di Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak. Disana saya mengatakan bahawa , jika kita bercakap tentang Maulidur Rasul selama ini , kita sekadar mengulang - ulangi kisah2 lama yg tidak dikembangkan, saya tidak mengatakan kisah2 lama itu tidak bagus, saya cuma mengatakan kita sekadar mengulanginya dan tidak mengembangkannya . Apa kata kita umat islam membuat perbandingan agama ketika kita membicarakan tentang Nabi Muhammad saw, kita bandingkannya dengan kitab2 terdahulu yg pernah menyatakan kisah tentang baginda. Sebagai contoh kita tonjolkan ayat2 bible yg menunjukkan bahawa muhammad saw pernah dikisahkan dlm bible dan ia menunjukkan bahawa Muhammad adalah Rasul bagi seluruh alam.

Dalam bible Nabi Muhammad diperkenalkan dengan satu gelaran. Gelaran itu saya sebutkan dlm Gospel St. John bab 16 ayat 7. Gelaran yg digunakan dlm bible itu ialah Paracletos. Mengikut bekas Reverend David Benjamin Caldini , Paracletos bermaksud " The Ilustrious one ". Dlm bahasa melayu ia bermaksud " Dia yg terpuji ". Kalimat ini selari dengan Ahmad dan Muhammad. Juga Dr.ved Prakash Upaddhayaya   mengatakan Muhammad juga telah dikisahkan dlm Vedas dan purana dengan 4 cara iaitu Narashangsa. Kalki Avtar , Antim Rishi juga dengan gelaran Mamaha dan Ahammidi. Bagi Professor Dr. Ved Prakasah Upaddhayaya, gelaran2 yg terdapat dlm Vedas dan Purana ini sebenarnya amat selari dengan Nabi Muhammad saw.

Ini ilmu baru yg perlu kita terokai utk menampakkan kehebatan Nabi Muhammad saw dan akhirnya risalah yg dibawa oleh baginda. Pada hari ini bila kita bercakap tentang islam ,contohnya  kita bercakap tentang Fekah, demikian juga cadangan saya. Kita perlu perkembangkan ilmu kita. Sebagai contoh bila kita bercakap tentang tanah, kita bertayammum dgn tanah , kita samak dgn tanah, kita perlu menerangkan rahsia tanah.  Saya akui bila kita bercakap tentang rahsia tanah, kita tidak akan menemuinya dlm kitab2 Fekah kita. Itu tidak menampakkan kitab2 Fekah kita tidak baik, ia baik, ia bagus, ia perlu malah ia wajib kita kuasai dlm konteks ilmu fardhu ain, tapi utk perkembangkan ilmu contohnya tentang tanah sudah pasti ilmunya tidak ada dlm kitab2 Fekah sekarang. Umat islam kena perkayakan bidang RMD mereka, kena perkayakan bidang kajian dan pembanggunan mereka. Akhirnya bila kita mengatakan kepada contoh pelajar2 remaja kita bahawa masyaallah bila islam menyuruh kita menyamak dengan tanah dan seumpamanya rupa2nya ada banyak rahsia yg terdapat pada tanah. Contoh diantara 3222 anti biotik yg ada pada hari ini, memang dunia sekarang kaya dgn anti biotik.

Diantara 3222 anti biotik ini ,kebanyakkannya diperolihi dari tanah. Kita sedang menampak masyaallah, tanah  mengeluarkan anti biotik ataupun bahan pembunuh kuman . Ini mungkin satu diantara rahsia yg boleh kita lonjakkan, ledakkan utk  menampakkan betapa fekah islam begitu saintifik. Demikian juga bila kita bercakap tentang air, kita mengulangi fekah yg lama dlm kontek mazhab Syafie , air terbahagi kpd 4. It's ok , it's alright to repeat that , boleh ulanginya tapi sampai kebila, tidak boleh kita perkembangkan lagi. Kita nak kaitkan air mungkin dgn firman Allah yg menyatakan " Dan Allah menjadikan setiap yg hidup itu drpd air ". Kita mungkin nak bincangkan air dlm konteks itu utk menarik perhatian umat islam terutamanya anak2 muda yg sekarang ini banyak isu yg berkaitan dgn anak2 muda dgn seks bebasnya, dgn kesukaan  dan kecenderongan mereka utk melihat video lucah, bukan sangat utk mengkaji agama, mesti ada puncanya, mesti ada kesilapan yg datang dari kita sendiri. Kadangkala kita itu bernama ustaz, kadangkala kita itu bernama tokoh2 islam, kadangkala kita itu Mak, Bapa, guru, pendidik, tokoh, semua ini perlu kita lihat. Mungkin kita yg silap, mungkin pendekatan kita , mungkin syllibus kita, mungkin.

Lantas saya ingin mencadangkan kita terokai agar ilmu penyampaian kitamerupakan suatu yg menarik, contoh kita balik kpd air. Kita mulakan bahawa air ini kata Allah merupakan permulaan pada segala yg hidup. Kita kaji dan akhirnya kita dapati masyaallah betul , 3/4 drpd dunia ini adalah air. Otak kita 3/4 nya adalah air . Seluruh badan kita 70 % adalah air. Sel2 yg hidup, yg berkembang menjadi akhirnya organ dan seumpamanya, sel2 ini 3/4 nya adalah air, betul. Ertinya setiap yg hidup ini bermula dari H2O drpd air. Selepas kita terangkan begitu secara saintifik, kita perkembangkan kpd fekahnya air terbahagi kpd 4 insyaallah semuanya itu akan menampakkan bahawa islam kita ini islam yg begitu saintifik.

Saya merasakan ini yg diperlukan oleh manusia. Manusia perlu diperlihatkan tentang islam yg saintifik, islam yg comprehensif, islam yg mudah, islam yg memang boleh selesaikan masalah dan utk itu, ilmu kita kena perkembang. Semoga insyaallah dgn ilmu yg berkembang itu kita dapat meyakinkan ramai orang bahawa islam adalah agama yg paling maju. Semua ini saya sebutkan kerana Nabi Muhammad saw ketika diutuskan oleh Allah , baginda diutuskan sebagai Rahmatan lil alamin, sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam, bukan hanya bagi arab, bukan hanya bagi melayu, bukan hanya bagi kelompok tertentu tetapi bagi seluruh alam. Allah menekankan kalimat Rahmatan, rahmat.

Justeru adakah islam yg kita bawa ini islam rahmat. Adakah islam yg kita hayati ini islam rahmat. Jika suka mengata dekat orang tidak habis2 bukan rahmat. Jika kita sesama jiran asyik berkelahi setiap hari dan ini dilihat oleh jiran2 bukan islam yg lain, tengok jiran itu dia beragama islam tapi perangainya hodoh, keji, rahmat ke itu. Jika kita suka menipu orang, pergi kedai, pasaraya menipu , jika kita bayar silap kita bayar kurang alhamdulillah pandai , cerdik aku. Itukah rahmat. Semua ini sebenarnya ada kesan. Kesan yg negatif jika itu perangai orang islam.

Jadi tuan2 dan puan2, jika kita benar2 beragama islam , If really we are true Muslim , ini peringatan pada diri saya dahulu. maka tunjukkan contoh yg baik dimana saja kita berada, bukan hanya di surau, di masjid. Lebih penting ialah cara kita faham islam mestilah dgn cara yg betul, dgn cara yg lengkap, saintifik seperti apa yg telah saya sebutkan tadi. Semoga dgn minda yg berkembang itu, islam juga akan berkembang insyaallah.


15 May 2003                    Top

Berikut  adalah Rangsang Minda DD pada 15 Mei 2003 hari Khamis di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaatnya..

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Tuan2 dan puan2 , para pendengar RMPP yg dimuliakan. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kita baru selesai menyambut Maulidur Rasul , satu sambutan yg tidak pernah dibuat oleh Nabi saw dan juga para sahabat ra . Tetapi sambutan Maulidur Rasul dilakukan kemudian, diantaranya dizaman Salehuddin Al-Ayubi. Sambutan yg dilakukan ketika itu bertujuan utk merangsang jiwa dan hati umat islam supaya insaf dan sedar tentang kepentingan perjuangan utk menegakkan kalimah ilahi.

Lantas sambutan Maulidur Rasul dimanafaatkan utk itu dan ia berterusan hinggalah kehari ini. Justeru andaikata kita menyambut Maulidur Rasul pada hari ini , sambutlah dgn tujuan utk mendatangkan keinsafan dan kesedaran dihati. Jangan hanya kita mengadakan sambutan tetapi adakan sambutan utk menimbulkan pengorbanan dan keinsafan seperti yg saya sebutkan tadi. Semoga dgnnya insyaallah umat islam akan lebih berkualiti berbanding sebelumnya. Alhamdulillah , saya yg kerdil sempat menyampaikan ceramah disambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Perak pada 13 Mei baru2 ini. Alhamdulillah ia dihadiri oleh yg teramat mulia raja muda Perak.

Saya nak menceritakan pada tuan2 dan puan2 beberapa espek yg sempat saya tekankan ketika berceramah dimajlis yg saya sebutkan tadi. Sebenarnya kisah tentang Nabi Muhammad saw telah disebutkan dlm kitab2 terdahulu , sebagai contoh dlm kitab bible. Allah swt berfirman dlm Surah Al - Baqarah bermaksud " Sesungguhnya orang2 yg telah kami kurniakan kitab kepada mereka iaitu orang2 terdahulu , mereka mengenali Muhammad saw sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri. Bagaimana seseorang mengenali anak mereka . Sudah pasti mereka mengenali anak sendiri dengan namanya, dgn perangainya,dgn feelnya,dgn tingkah lakunya, dgn keperibadiannya dan seumpamanya.

Allah mengatakan golongan ahlil kitab terdahulu mengenali Nabi Muhammad seperti mengenali anak mereka sendiri seperti yg kita sebutkan tadi. Ertinya mereka amat2 kenal keperibadian , sifat , tingkah laku disamping nama Nabi kita saw. Justeru bila kita melihat bible pada hari ini,memang masih ada pernyataan yg menjurus kepada apa yg saya sebutkan tadi. Sebagai contoh dlm Gospel St. John bab 16 ayat 7. Jesus Christ ataupun nabi Isa diriwayatkan telah berkata" Nevertheless I tell you the truth ; it is expedient for you that I go away, The Paracletos will not come unto you ; But if I depart, I will send him unto you " Maksudnya " Aku hendak mengatakan sesuatu yg benar kepadamu bahawa adalah wajar utk aku yakni Jesus Christ , Nabi Isa pergi terlebih dahulu sebab selepas aku pergi sahaja Paracletos akan datang. Jika aku tak pergi Paracletos tidak akan datang, apabila aku pergi baru aku utus Paracletus itu kepadamu. Itu maksud ayat dlm Gospel St. John bab 16 ayat ke-7.

Kalimat yg penting disini ialah Paracletos. Siapa dia Paracletos?. Nabi Isa dlm ayat yg saya bacakan tadi menyatakan baginda akan pergi , dan selepas baginda pergi akan ada pengganti baginda, ertinya ada utusan lain selepas baginda. Baginda bukan utusan terakhir ada lagi seorang. Baginda menyatakan gelaran bagi utusan selepas baginda itu ialah Paracletos. Mungkin saya tak berkesempatan utk membincang dengan panjang lebar secara ilmiah tentang kalimat Paracletos , tetapi cukuplah utk saya mengatakan bahawa salah seorang padri besar iaitu bekas Reverend David Benjamin Caldini. Dlm buku beliau bertajuk Muhammad in the Bible. Beliau mengatakan Paracletos bermaksud dlm bahasa inggeris The Ilustrious one. Dlm bahasa melayu ia bermaksud Dia yg Terpuji.Dia yg terpuji amat selari dgn nama Ahmad ataupun Muhammad , sebab Ahmad dan Muhammad dlm bahasa Arab juga bermaksud dia yg terpuji .

Justeru Paracletos berkaitan dgn Ahmad dan Muhammad. Lantas bekas Reverend David Benjamin Caldini mengatakan Paracletos sebenarnya ialah Muhammad saw dan alhamdulillah bekas reverend itu akhirnya memeluk agama islam. Justeru benarlah firman Allah yg mengatakan golongan terdahulu diberikan kitab , dlm kitab2 mereka terdapat terdapat kisah mendetail tentang Muhammad saw. Lebih mengejutkan saya ialah satu penyataan yg pernah dibuat oleh seorang tokoh agama hindu. Beliau merupakan tokoh dlm bahasa Sanskrit dari Prayag Univercity. Beliau bernama Dr. Ved Prakash Upaddhayaya . Beliau pernah mengatakan bahawa sebenarnya Vedas dan Purana yg merupakan kitab2 suci agama hindu juga pernah membuat pernyataan tentang Muhammad. Beliau berkata Muhammad diperkenalkan dlm kitab Vedas dan Purana dengan 4 cara . Pertama dgn nama Narashangsa , kedua Antim Rishi , ketiga Kalki Avatar dan keempat Mamaha dan Ahamiddi. Narashangsa bermaksud Dia Yg Terpuji selari dgn nama Ahmad dan Muhammad. Antim Rishi bermaksud Utusan Terakhir , Kalki Avatar bermaksud Utusan Akhir Zaman dan Mamaha serta Ahamiddi bagi Prof. DR.Ved Prakash bukan dari bahasa sanskrit tapi dari bahasa luar dan akhirnya Dr. itu berkata dia lebih selari dgn nama Muhammad dan Ahamiddi. Ahamiddi lebih dekat dgn kalimat Ahmad. Lantas bagi Dr. Ved Prakash Vedas dan Purana pernah menceritakan tentang Muhammad saw.

Lantas tuan2 dan puan apabila kita menyambut Maulidur Rasul jgn lupa Rasul kita ini begitu agung, begitu hebat. Rasul kita ini bukan hanya utk bangsa melayu tidak, bukan hanya rasul utk bangsa Arab tidak , malah baginda adalah rasul bagi semua orang. Bible menyatakan tentang baginda, vedas Purana dan kitab2 terdahulu yg lain juga mengatakan mengatakan tentang baginda. Benarlah firman Allah sebagai penutup bicara, firman Allah swt yg bermaksud "dan tidak kami utus kamu wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat ". Tuan2 dan puan2 sebagai rahmat bukan bala . Sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Semoga insyaallah kita menghayati risalah nabi yg merupakan rahmat kepada kita , bukan sebaliknya. Insyaallah.


8 May 2003                    Top

Berikut Rangsang Minda DD pada 8 Mei 2003 jam 7.30 pagi di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaat pada yg tidak berkesempatan mendengarnya pagi tadi..

RAHSIA KEPADA SATU KEJAYAAN

Tuan-tuan dan puan-puan para pendengar RMPP yg dikasihi. Bagaimana anda pada pagi ini. Saya doakan anda berada dlm keceriaan dan keredhaan allah swt. Dua minggu lepas , saya berceramah dimasjid Negeri Shah Alam disamping melancarkan buku terbaru saya berhubung dengan cara memahami islam secara saintifik dan moden. Tajuk buku itu ialah " Empayar Minda Muslim". Alhamdulillah ketika melancar buku itu di Selangor, pengerusi majlis saya itu ialah seorang bekas pelakun dan artis terkenal. Saya berkata beliau merupakan seorang bekas pelakun dan artis terkenal kerana pada hari ini beliau sudah bertukar rupa dan wajah dan juga sudah bertukar imej dan kerjaya.

Beliau tidak minat lagi berlakun dan menjadi artis dan perubahan beliau begitu jelas walaupun kita melihatnya secara zahir kerana beliau datang dengan memakai serban dan jubah. Ketika mempengerusikan majlis saya itu beliau banyak bercakap tentang ayat2 al-Quran dan hadis. Cara beliau bercakap menunjukkan yg beliau begitu cintakan islam pada hari ini. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana bertemu dengan seorang yg sanggup membuat perubahan penting dlm hidupnya, sanggup melupakan glamour demi utk mencari redha. Ini nak saya kaitkan dengan apa yg ditulis baru2 ini dlm sebuah akhbar harian yg popular di Malaysia. Berhubung dengan AIM ataupun Anugerah Industri Muzik .

Penulis yg terkenal ini yg menamakan dirinya sebagai Mami Jarum berkata, sebenarnya pada pendapatnya AIM sepatutnya tak diadakan selepas ini, sebab artis2 hanya lebih mementingkan baju yg mendedahkan tubuh, hanya lebih mementingkan fesyen daripada kualiti. Saya rasa bersetuju juga dgn Mami Jarum dalam perkara ini, kita hendak melihat anak2 muda kita mencontohi orang2 yg baik, orang2 yg solih dan solihat, bukan golongan yg asyik mengejar glamour, berpakaian yg mendedahkan tubuh jasad tanpa malu. Bukan itu yg hendak kita contohi dan bukan itu golongan yg kita mahu remaja kita contohi.

Lantas  pendapat Mami Jarum dlm espek yg khusus ini saya rasa baik juga. Ramai diantara kita yg merasakan rezeki yg halal ialah rezeki yg mana kita tidak merompak dan mencuri utk mendapatkannya . Ramai yang merasakan begitu, rezekinya halal jika dia tidak memperolehinya secara merompak dan mencuri. Sebenarnya tidak,ia lebih dari itu. Merompak dan mencuri memang haram, tetapi andaikata cara kita memperolehi rezeki kita ,tidak mengikut batas2 agama dan syariat ia juga akan menjadi rezeki yg tidak diredhai Allah ataupun yg lebih kita khuatiri ia menjadi sumber rezeki yg haram.

Hal ini hendak saya kaitkan dgn pernyataan yg pernah dibuat oleh salah seorang tokoh tassauf islam yang bernama Imam Sahal bin Abdullah. Imam Sahal bin Abdullah rahimatullah hutaala pernah berkata yang bermaksud "Sukses ataupun kejayaan terletak pada 3 perkara. Pertama mengambil makanan dari sumber yang halal, ini telah saya sebutkan tadi dan ia teramat penting sebab dlm konteks islam jika nak berjaya, makan minum kita, kita kena jaga agar kita tidak menggunakan harta yg haram utk membeli makan minum itu, ia amat penting utk kita jaga.

Kedua melaksanakan amalan yg fardhu, itupun rahsia kpd sukses ataupun kejayaan. Jika kereta kita besar, bungalow kita hebat, pangkat kita besar, tetapi solatnya tidak, amalan yg fardhu yg Allah wajibkan dipinggirkan, itu bukan sukses namanya. Kita akhirnya akan terbabas sesat dan kecundang. Hari ini mungkin tertawa besok akan menangis dan tangisan yg mungkin lama. Wal iya zubillah.

Ketiga utk sukses kata Imam Sahal bin Abdullah hendaklah kita mengikut petunjuk Rasulullah. Ini penting utk berjaya. Bukan petunjuk golongan yg terbabas, bukan petunjuk golongan yg hanya mengejar glamour, bukan petunjuk golongan yg suka lupakan Al-Quran dan As-Sunnah. Nak berjaya ikut petunjuk Rasulullah saw. Bagi saya ini satu nasihat yg baik yg diucapkan oleh Imam Sahal bin Abdullah bagi kita yg hendak berjaya. Ramai kita yg membaca buku Steven R. Covey, buku Peter Drucker, buku Frank Tibolt tentang rahsia kpd kejayaan, bagaimana nak berjaya. Saya nak berkata pada anda, menbaca  buku2 itu semua baik. Saya juga membaca sedikit sebanyak drpd tulisan2 mereka dan saya rasa amat baik , tapi jgn sampai anda lupa kpd rahsia sukses mengikut islam, sebab Steven R. Covey,Peter Drucker walaupun baik tapi mereka tidak bercakap bahasa seperti Imam Sahal bin Abdullah , lantas andaikata anda hanya baca buku mereka dan lupa kpd pandangan tokoh islam, anda juga mungkin tidak akan berjaya dlm erti kata sebenarnya. Tapi jika anda boleh gabungkan kedua2nya dan meletakkan kedua2nya diatas perspektif yg betul masyaallah you are just fantastic and you are just great.

Tuan-tuan dan puan-puan marilah sama-sama termasuk diri saya yg kerdil ini, kita cuba iktibarkan dan manafaatkan formula sukses yg diutarakan oleh Imam Sahal bin Abdullah. Semoga makan minum kita, kita jaga dan pastikan ia dari sumber yg halal, semoga amalan yg fardhu apatah lagi solat ,kita jaga jangan kita pinggirkannya . Semoga Insyaallah kita mantapkan ilmu kefahaman kita tentang ajaran yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw, agar segala tindak tanduk kita mengikut petunjuk baginda. Semoga anda akan berjaya , semoga Allah swt memberkati seluruh aktiviti dan kehidupan kita insyaallah.


1 May 2003                    Top

Berikut adalah Rangsang Minda DD yang diadakan pada 1 Mei 2003 hari Khamis jam 7.30 pagi di radio Malaysia Pulau Pinang.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA

Tuan-tuan dan puan-puan para peminat RMPP yg dimuliakan. Saya ingin merakamkan ucapan selamat menyambut hari pekerja semoga segala tugas dan kerja kita, kita laksanakan semata - mata utk mencari keredhaan Allah swt. Jangan lupa bahawa keikhlasan ataupun sincerity merupakan asas kpd segala - galanya dlm hidup ini , kerana Nabi saw bersabda " Innamal aqmal lubinniat " Setiap amal berdasarkan niat.

Namun niat saja tidak mencukupi . Ada sesetengah org , ia berkata hati mahu baik be!!. Hati mahu suci , tetapi kerja dan cara kerjanya tidak betul. Hati mahu bersih , tapi dtg kerja pukul 10 sedangkan sepatutnya pukul 9. Hati mahu bersih tapi balik kerja awal sepatutnya pukul 5 tapi 4.30 sudah balik. Jika sekadar hati bersih , cara tidak betul , islam masih tidak menganggapnya sebagai kerja ibadah.

Justeru hendak menjadikan kerjaya kita malah seluruh aktiviti dlm kehidupan ini ibadah , kita perlukan 2 kriteria. Pertama keikhlasan, telah kita sebutkan tentangnya tadi, dan keduanya Metadology ataupun cara kita bekerja mestilah betul , selaras dgn kehendak Al-Quran dan sunnah Nabi saw.

Berkaitan dgn apa yg kita sebutkan tadi. Saya rasa kagum dgn satu firman Allah swt , dan bagi saya firman ini adalah firman yg berkaitan dgn management , yg berkaitan dgn pengurusan dan ia telah termaktub dalam Al-Quran. Ayat yg saya maksudkan ialah ayat 26 dlm surah Al-Qasas. Allah swt berfirman yg bermaksud " sesungguhnya sebaik - baik org yg kamu ambil utk bekerja ialah org yg gagah lagi beramanah." Cantik ayat ini. Maksudnya tuan2 dan puan2 yg dimuliakan. Andaikata kita hendak mengambil seseorang pekerja ataupun kita juga boleh berkata andaikata kita hendak menjadi seorang pekerja yg baik, hendaklah ada pada seseorang itu 2 ciri.

Ciri yg pertama ialah " Qowi " ataupun gagah . Dlm bahas moden, gagah ini boleh kita terjemahkan sebagai skilful ataupun yg mempunyai kemahiran atau yg competent bermaksud yg mempunyai kelayakkan dlm bidang2 tertentu, maka kita perlukan itu. Contoh seorang yg bakal menjadi seorang technician kenalah ada kemahiran dlm bidang itu, jika tidak kerjayanya tidak akan berkualiti. Itu syarat yg pertama.

Syarat yg kedua ialah beramanah ataupun jujur. Dlm bahasa hari ini kalimatnya ialah Intergrity. Seorang yg ada harga dri , yg ada kejujuran, yg ada amanah masyaallah. Ia akan berjaya disamping kemahirannya, kelayakkan yg ada padanya. Maka bahasa Al-Quran ini cukup Fantastic sebab sudah mengabungkan 2 perkara penting yg kita sebutkan tadi sebagai asas kepada kejayaan semua pekerja sampai bila2. Insyaallah maka itu asas pada perbincangan kita pada pagi ini .

Ada satu kajian yg menarik , yg pernah dibuat oleh The centre of for Creative leadership. Kajian ini dibuat di Greensboro, North Carolina. Pusat yg berkaitan kepimpinan kreatif ini membuat kajian keatas 105org pekerja bertaraf eksekatif yg telah berjaya. Lantas pusat ini ingin mengkaji apa yg menyebabkan 105 org pegawai eksekutif ini berjaya dan didapati kejayaan mereka berpunca dari 5 sebab.

Pertama mereka adalah pekerja yg boleh menerima kesilapan diri sendiri. Jika berlaku apa2 kelemahan mereka sanggup berkata yes i'm wrong. Kebiasaan kita , kita salahkan org lain, no you ara wrong, i'm always right. Itu sikap kita , kita sentiasa betul, yg salah you , you , you. Tapi berpandukan kajian yg kita sebutkan tadi, org yg berjaya, pekerja yg berjaya ialah mereka yg sanggup terima kesilapan diri sendiri.

Kedua, mereka mampu bergaul dgn ramai org, mereka bukan kelompok centred atau pun group centred. Setengah dari manusia ini, ia kalau makan nasi sama2 gangnya saja, maka bersembang sama gangnya saja, nak senyum sama kelompoknya saja. jika dgn org lain, muka masam macam cuka. Itu org yg tak kan berjaya. Lantas ciri yg kedua, dia sanggup bergaul dgn ramai org.

Ketiga, They had a strong interpersonal skill, mereka punyai interpersonal yg hebat. Ini berkaitan dgn apa yg kita sebut yg kedua tadi, iaitu mereka ada kemahiran sehingga memampukan mereka bergaul dgn semua org. Orang yg mereka kenal, mereka bergaul, dan yg mereka tak kenal pun mereka tahu cara nak bergaul. Dengan itu orang selesa dgn mereka. Itu skill atau kemahiran yg penting.Itu ciri yg ketiga yg menyebabkan mereka berjaya.

Keempat, mereka menjaga perasaan org lain, contohnya ketika bermesyuarat nak memberi pandangan mereka hargai juga pandangan org lain. Ini ciri yg keempat.

Kelima, They work calm and confident rather than moody and volatile, mereka tenang dan yakin dgn diri sendiri tidaklah mengamuk tak tentu pasal, taklah moody, sentiasa panas baran, ada pekerja macam itu sentiasa nak meletup macam gunung berapi. Datang kerja sebelah pagi muka dah masam, salam pun tak beri, senyum jauh sekali kemudian mereka harapkan bonus tinggi dihujung tahun.Subhanallah.ini apa ni setengah org bertanya. Justeru kita kena tenang dan yakin dengan diri kita sendiri, buat kerja kerana Allah, buat kerja dgn betul doakan Allah berkati rezeki kita. Insyaallah dunia akhirat kita selamat.

Tuan2 dan puan2 yg saya muliakan, sebagai rumusannya kita sentiasa ikhlas dan tidak cukup sekadar keikhlasan, kita juga ada kemahiran dan kelayakkan untuk berjaya dibidang kita. Jangan lupa insyaallah. Tentang kajian yg dibuat oleh pusat kepada kepimpinan kreatif di North Carolina yg saya sebutkan tadi, yg saya harap dapat membantu kita utk membina kemahiran diri dan juga membina kekuatan diri kerah menjadi pekerja yg berjaya insyaallah.


24 April 2003                    Top

Berikut adalah Rangsang Minda DD pada 24 April 2003 hari Khamis jam 7.30 pagi di Radio Malaysia Pulau Pinang. Moga mendapat manfaat bagi yg tak berkesempatan mendengarnya pagi tadi.

MENGUASAI TEKNOLOGI HIDUP

Tuan2 dan puan2 para pendengar RMPP yg dimuliakan,Assalamulaikum wbth. Saya sering mengatakan di RMPP ini bahawa kita sedang berada diakhir zaman dan kita sebenarnya berada di era Yajjuj dan Majjuj. Bagaimana kita menghadapi suasana yg gawat pada hari ini.Mari kita perhati kpd Al-Quran kerana disana terdapat jawapan yg kita perlukan itu khususnya ketika kita mengkaji surah Al-Kahfi yg ada perkaitannya dengan kisah Zulkarnain ketika beliau berhadapan dgn Yajjuj dan Majjuj. Tuan2 dan puan2 jgn lupa dlm al-quran Allah swt menyebut 2 kali tentang Yajjuj dan Majjuj.Pertama dlm surah Al-Kahfi dan kedua dlm surah Al - Anbia menunjukkan bahawa isu berkaitan Yajjuj dan Majjuj ini isu yg real .Isu yg pasti berlaku.

Lantas cara menghadapinya mestilah selaras dgn petunjuk ilahi. Dlm surah Al-Kahfi Allah swt menceritakan pada suatu ketika raja Zulkarnain telah bermusafir dan sampai disatu kawasan dimana org2 di kawasan itu bercakap dgn bahasa yg susah difahami. Maksudnya mereka berada dikawasan yg terpencil ,terpisah dari org2 lain, tetapi Zulkarnain dengan kebijaksanaan dan kehebatannya akhirnya dapat juga memahami bahasa mereka ataupun bahasa isyarat mereka.Mereka berkata  sesungguhnya Zulkarnain Yajjuj dan Majjuj sentiasa datang untuk memusnahkan kami.Mereka datang utk menghancurkan kami. Can you do something about that Zulkarnain, bolehkah kamu buat sesuatu utk kami agar Yajjuj dan Majjuj tidak memusnahkan kami .

Maka Zulkarnain berkata dan mari kita ambil kalimat2nya dari Al-Quran yaitu dari surah Al - Kahfi ayat 96 & 97,Zulkarnain berkata " Berikan kpd aku potongan2 besi hingga apabila besi itu telah sama rata diantara kedua puncak gunung itu " berkata pula Zulkarnain " Tiupkan api apabila besi itu menjadi merah seperti api" Zulkarnain pun berkata " Berikan aku tembaga yg mendidih agar ku tuangkan keatas besi  panas itu" maka mereka tidak mampu mendaki dan melubanginya. Itu teknologi Zulkarnain.Beliau memanaskan besi kemudian mencampurkan besi yg panas dgn tembaga. Dari situ dibina satu tembok yg besar dan kemudian berkata Zulkarnain mereka tak mampu mendakinya tak mampu melubanginya.Hebat sekali.

Kita berada diakhir zaman org islam , adakah ilmu kita hebat, bagaimana kita dgn teknologi. Jika sekadar berlepak ditepi jalan iaitu anak2 kita dan abah2 bapa2 kepada remaja yg lepak ditepi jalan itu berlepak pula dikedai kopi , tak ada apalah kita. Kita hanya boleh bersimpati,kita hanya boleh menceritakan tentang apa yg berlaku keatas umat islam sana dan sini tapi kita tak ada apa.Ada apa,kata seorang pakcik ada habuk , ada benar juga dan tambah satu lagi , ada kutu dikepala , jika kita tak berubah sikap.

Sebab itu satu diantara kisah yg seronok saya nak ceritakan ialah tentang Khulafah al rashidin al muhdiyin. Dizaman Osman bin Affan ra. Iaitu pada tahun 648 masihi bersamaan dengan 28 Hijriah , Khalifah Osman mengeluarkan arahan agar umat islam menguasai ilmu pembinaan kapal. Ini ilmu baru. Sama2 kita maklumi dizaman Rasulullah ketika berlaku peperangan, mereka berperang dipadang pasir,lantas ketika itu fokus tidak begitu diberikanikan dlm hal-hal perkapalan. Fokus banyak diberikan tentang teknik berperang didarat khususnya dipadang pasir. Dizaman Osman bin Affan ketika umat islam terpaksa berdepan dgn empayar Rom yg menguasai samudra yg luas,Saidina Osman ra mencadangkan agar kita memberikan fokus pada teknologi perkapalan.

Pada tahun yg saya sebutkan tadilah Muawiyah ra diberikan tugas utk mebina kekuatan laut. Maka umat islam pun dipanggil dari pada pelusuk wilayah islam dan mereka datang untuk membina kapal. Akhirnya terbinalah sebuah armada yg kuat . Disaat kemuncaknya iaitu pada tahun 652 masihi bersamaan dgn 31 Hijriah , armada islam menjadi satu armada yg terkuat didunia. Ketika itu armada islam mempunyai 1700 buah kapal dan panglima kpd armada islam ketika itu digelari sebagai Amirul Bahri. Daripada gelaran Amirul Bahri inilah lahirlah kalimat Admiral. Lihatlah persamaannya. Orang-orang bukan islam dibarat akhirnya mereka namakan panglima perang mereka dilaut sebagai admiral meminjam dari kalimat arab Amirul Bahri.Sebab satu ketika dahulu umat islam menguasai laut.

Inilah contoh2 tentang umat islam suatu ketika dahulu yg telah menguasai teknologi dizaman mereka.Lantas kita pada hari ini,kita rangsangkanlah anak kita supaya belajar rajin2 . Jangan hanya belajar an in un , ban bin bun, jangan hanya belajar tentang wuduk. Hendaklah mereka belajar tentang bacaan quran, memahami al - quran ,tentang fekah , tasauf saya bersetuju , tapi bukan itu sahaja. Mereka juga kena kuasai teknologi jika hari ini kita perlukan penguasaan teknologi IT , belajar tentang IT dan apa2 teknologi yg relevan dizaman kita. Jangan jadi umat yang hanya faham agama tapi tak faham cara nak hidup. Lebih teruk faham cara nak hidup, cari duit , cari cinta , cari kekasih tapi tak kenal tuhan. Kita tak hendak kedua2 itu. Kita nak penguasaan agama,itu yg atas sekali dan juga teknologi. Dengan itu saja insyaallah kita akan berjaya sebagaimana berjayanya Zulkarnain ketika berdepan dengan Yajjuj dan Majjuj dizamannya.

Semoga insyaallah , Allah berikan kesedaran pada saya dan anda yg saya muliakan untuk insyaallah menguasai ilmu2 yg telah kita sebutkan tadi Insyaallahu taala.


10 April 2003                    Top

Berikut adalah rangsang minda DD pada 10 April 2003 di RMPP dari Kerteh Terengganu pada jam 7.30 pagi. Semoga mendapat pengajaran

Tuan2 dan puan2 para peminat RMPP yg dimuliakan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.Dimana kita bermula ketika kita berbicara tentang motivasi diri.Sebenarnya kita sebagai insan merupakan aset yg paling penting untuk mencapai kejayaan.ketika kita berbicara tentang kejayaan , kita perlukan aset . Setengah orang mengatakan aset kita ialah wang. Setengah orang mengatakan aset kita ialah sistem hidup.Benar, tetapi kekuatan yg nombor satu sekali ialah kekuatan yg asal,yang Allah berikan pada kita. Lantas kitalah aset yg paling penting untuk mencapai kejayaan.Kita ada akal,kita ada hati, kita ada jasad. Berikan kepada setiap unsur ini haknya, kita insyaallah akan berjalan berdasarkan panduan betul untuk mencapai success .

Pada pagi ini saya ingin fokuskan tentang akal ,sebab akal adalah penentu kepada segala kebaikan dan kejayaan .Akal juga akan membantu kita untuk motivasi diri.Saya maksudkan dengan akal ialah memberi ilmu kepada akal kita.Ilmu bagi saya adalah segala2nya.Cuba kita perhatikan ayat Quran yang kita ambil dari Suratul Naml. Al-Naml bermaksud semut.Semut pun ada ilmu rupanya. Dalam surah Al-Naml ayat 38- 40, Nabi Allah Sulaiman alaihissalatu wassalam bertanya kepada pegawai2 baginda.Allah berfirman Sulaiman berkata " Wahai pengawal2ku, siapa diantara kamu yang sanggup membawa singgahsana Balkis kedepanku ini". Ketika itu Balkis sedang dalam perjalanan hendak bertemu dengan Nabi Sulaiman.Nabi Sulaiman hendak tunjukkan kepada Balkis kehebatan baginda dengan izin Allah.Satu diantaranya dibawanya singgahsana Balkis keistana Sulaiman untuk diperlihatkan kepada Balkis.Ini dia,tengok singgahsanamu pun aku boleh angkat dari jauh. Semua ini kerja Allah. Justeru berimanlah kepada Allah.Itu taktik strategi Nabi Allah Sulaiman.

Lantas Nabi Allah Sulaiman bertanya kepada tentera2 dan pengawal2 baginda siapa yang sanggup bawa kepada beta singgahsana itu.Bangunlah jin Ifrit.Anda kenal jin Ifrit.Semua kita kenal jin Ifrit.Maka bangunlah jin Ifrit dan berkata, Ya Sulaiman jangan risau,aku jin Ifrit,aku mampu bawa singgahsana itu kepadamu sekarang. Sekarang maksudnya kamu sedang duduk,sebelum kamu bangun singgahsana sudah ku bawa depanmu.Waduh hebat sungguh jin Ifrit,ia pun ada kekuatan ,ia juga makhluk Allah,ada juga kelebihannya .Kemudian apa berlaku tuan2 dan puan2,bangun pula seorang makhluk yang lain, siapa dia, allah ceritakan tentangnya begini.Kata Allah selepas jin Ifrit bercakap bangun pula seorang lelaki yang ada ilmu mantap tentang kitab,dia ada ilmu, ilmu tentang kitab. Apa katanya,ia berkata jika jin Ifrit mampu bawakan dalam masa yang disebutkan tadi, aku boleh bawa singgahsana itu dalam jangka masa yang lebih cepat ya Sulaiman. Sebelum matamu berkedip,singgahsana sudah ku bawa depan mu.Masyaallah, ayat ini menunjukkan kepada kita betapa seorang yang tinggi ilmu kitabnya, dapat mengalahkan jin ifrit.Ramai kita takut pada jin ifrit,sikit2 jin ifrit,pening kepala jin ifrit, mata merah pun jin ifrit.Ayat Quran berkata manusia yang berilmu dapat mengalahkan jin ifrit.Ini contohnya. Ilmunya ilmu al kitab.

Lantas tuan2 dan puan2 yg saya muliakan, ini menampakkan kepada kita tentang kehebatan insan yang ada ilmu. Rugilah anda jika anda malas mencari ilmu.Minta maaf DD berkata demikian. Jika anda malas mengaji, malas baca buku,malas belajar,malas menambahkan ilmu,minta maaf you are just nobody and you are not going to go anywhere.Anda dapat dikalahkan oleh jin ifrit dan anda tidak akan success.Ketika kita bercakap tentang ilmu ,jangan lupa ayat yang saya bacakan tadi menekankan tentang ilmu kitab.

Justeru kita kena faham kitab Al-Quran.Ilmu dari Al-Quran masyaallah,ilmu yang akan membantu kita berjaya dunia sampai akhirat.Malah saya ingin berkata kepada anda secara terus terang,bila kita rajin baca Quran kita dapat motivasi sebenarnya dan DD yang kerdil ini,bila rasa down rasa macam lemah sedikit ,DD yang kerdil ini akan ambil Al-Quran baca beberapa ayat dan alhamdulillah kadang kala saya rasa masyaallah dapat balik motivasi tidaklah sugul sangat,tidaklah down sangat.Dapat kekuatan baru.Ini dia kepentingan Al-Kitab.Jangan jadikan Al-Quran,hanya kitab yang kita baca untuk hantar orang pergi Mekah,nak hantar orang pergi Mekah baca Yasin.Anak kembong perut baca ayat Fatihah.Kalau itulah status Quran, kita perlecehkan kitab kita sendiri, sedangkan Al-Quran ini segala2nya.Masyaallah , dapatkan motivasi disitu,tapi kena rajin baca, jika rajin baca dengan dengung pun tak dapat juga .Kena rajin baca dengan faham.

Lantas bagaimana anda ,adakah sudah ada jadul hidup untuk baca Quran setiap hari.Kena adakan.Semalam ketika saya berceramah kepada managers dan pegawai2 syarikat koperat disini,saya berkata kepada mereka bahawa,jika anda tidak berikan masa pada sesuatu anda tak dapat benda itu.Sebab mereka bertanya pada saya,"Bagaimana kita hendak didik diri kita,adakah masa untuk itu ' Maka DD yang lemah ini berkata " If you dont give the time,you have no time ."Jika anda tak berikan masa untuk sesuatu,memanglah tak ada masa.Saya tak berikan masa untuk bercakap di rangsang minda ini,tak ada masa,saya tak berikan masa untuk didik anak2,tak ada masa.Saya tak berikan masa untuk makan,tak ada masa untuk makan. Apa yang saya tak beri ,saya tak dapat.Masa ni ,kita yang tentukan bukan orang yang tentukan, kita tentukan.Jika kita kata ok, saya nak berikan masa untuk baca buku setiap hari 1/2 jam jadi,saya nak berikan masa untuk baca Quran 20 min setiap hari jadi, saya nak berikan masa untuk duduk bersama anak2 untuk mendidik mereka setiap hari jadi,saya berikan masa diwaktu tengahari untuk bertafakur selama 5 - 10 min ingat kepada Allah berzikir kepada Allah jadi. Apa yang kita berikan jadi, apa yang kita tak berikan tak jadi.Anda tentukan,saya tentukan,kita tentukan insyaalah.

Lantas,kita berikan masa untuk mengaji Quran jadi,kita masukkan ia dalam diari kita jadi insyaallah,dalam konteks perancangan dah ada.Tuan2 dan puan yg dimuliakan selepas kita faham isi2 Quran,kita perlu perkembangkan dengan kita juga dapat ilmu2 semasa,ilmu2 sains,teknologi dan juga buku2 karangan orang barat yang bermanafaat ,kena tahu juga.Kita tak mau jadi orang yang pandai tentang Quran dan sunnah tiba2 bila orang bertanya kepadanya " Tuan bagaimana hukum klon ",dia tak tahu apa dia klon,jika tak tahu apa itu klon,nak kaitkannya dengan Quran dan sunnah tak boleh,tak mampu, nak bagi hukum tak mampu,nak bagi fatwa tak mampu sebab kita tahu Quran dan sunnah tapi tak faham bahasa hari ini ,bahasa klon,bahasa test tube baby,tak faham.Ini dia,kena gabungkan ilmu kitab dengan ilmu semasa insyaalah,jika ini kita boleh laksanakan insyaallah. Kita akan success.

Sebagai rumusannya tuan2 dan puan2 mari kita motivasi diri kita kearah kejayaan dengan kita mendekati kitab Allah.Dapatkan motivasi rangsangan disana.Disamping itu,mantapkan ilmu kita dan ilmu yang kita mahu, ilmu dunia dan akhirat.Maksudnya kita kena faham ilmu agama dan kita juga kena ambil kira ilmu2 semasa disudut sain dan teknologinya.Bila ini kita gabungkan dan kita jadikan sebagai landasan untuk berjaya insyaallah , Allah akan redha dengan usaha2 kita itu insyaalah.


3 April 2003                    Top

Berikut adalah rangsang minda DD yg diadakan pada 3 April 2003 jam 7.30 pagi di radio Pulau Pinang. Semoga mendapat pengajaran

Tuan-tuan dan Puan-puan para pendengar RMPP yg dimuliakan.Hari ini 3 hb April 2003, Alhamdulillah kita berdoa kpd Allah agar hidup kita pada hari ini dan seterusnya diberkati oleh Allah swt. Namun pd tanggal 1 April baru-baru ini ada sebahagian drpd kita yg menyambutnya secara yg pelik lagi aneh kerana bagi mereka tanggal 1 April ialah April Fool day dan mengikut kajian saya April Fool Day ini bermula mungkin di perancis pada abad ke 16 dahulu lebih kurang pada tahun 1582.Ketika itu orang2 di Perancis menyambut tahun baru selama 8 hari. Tetapi ketika itu tahun barunya bukan pada tanggal 1 Januari, tetapi pada tanggal 1 April.

Masyarakat di Perancis ketika itu akan menyambut tahun baru mereka selama 8 hari bermula dari tanggal 25 Mac, dan kemuncaknya pada 1 April.Kemudian ketika raja Charles ke 9 menaikki tahta di Perancis ,tarikh dan kalender di barat berubah.dan kalender berubah kepada apa yg kita kenali pada hari sebagai kalender Gregory atau gregorian calender dan berpandukan Gregorian Calender inilah tahun baru diubah kpd 1 Jan sampai sekarang,tidak lagi 1 April.

Lantas masyarakat mula menyambut tahun baru pada 1 Januari bermula drpd ketetapan kalender gregory yg saya sebutkan tadi melainkan dikawasan-kawasan  pendalaman yg tidak mendapat berita tentang perubahan kalender ini.Mereka masih menyambut tahun baru pada 1 April.Lantas masyarakat dibandar ketika mendapat tahu masyarakat di pedalaman masih lagi menyambut tahun baru pada 1 April, mereka menganggap golongan ini sebagai Fool. Fool ertinya mereka yang mempunyai otak yg dangkal, bodoh dan seumpamanya. Mereka akhirnya menggelar golongan yg fool ini sebagai April Fool dan sambutan pada 1 April dipanggil sebagai April Fool Day.

Lantas penggunaan April Fool adalah penggunaan yg negatif pada asalnya kerana golongan yg sambut 1 April dianggap sebagai golongan bodoh lantas mereka dianggap sebagai golongan bodoh yg menyambut 1 April sebagai tahun baru mereka seolah2 ia adalah 1 Januari.Lantas pada hari ini tiba-tiba masyarakat kita pun menyambut April Fool Day. Di England sebagai contoh mereka menyambutnya hanya di pagi hari ,dgn cara melakukan practical jokes ataupun melakukan sesuatu yang menggelikan hati tetapi kadangkala menyusahkan orang lain, dan di Amerika mereka menyambutnya secara yg ringan tetapi masih lagi menampakkan kebodohan mereka dan yg paling popular ialah mereka akan menunjuk kpd kasut rakan mereka dengan mengatakan ,Ooo tali kasutmu tidak diikat sedangkan telah diikat dan ketika kawan mereka melihat kpd kasut-kasut mereka, mereka tertawakan kawan-kawan mereka .Disetengah negara-negara lain sambutannya selama 48 jam lebih kurang 2 hari. Kita di Malaysia pun sebagai golongan yg rata2nya golongan pak turut, kita pun sambut juga.

Saya ketika di sekolah dahulu ketika pergi kesekolah pada tarikh 1April,saya kena lebih berhati2,sebab kadangkala dibawah meja saya adalah benda2 yg menakutkan ular plastik,tikus plastik kadangkala adalah paku diatas kerusi saya,saya kena lebih berhati2.kononnya jika tangan saya luka ataupun belakang saya luka sebab duduk diatas paku itu, saya tidak boleh marahi sesiapa sebab hari ini April Fool Day.

Tuan-tuan dan puan-puan para pendengar yg dimuliakan, apa yg menyedihkan bila saya mendengar org islam,rakan2 saya di PP,di Malaysia yg mengucap dua kalimah syahadah juga menyambut April Fool Day ini dua tiga hari yang lepas. Seolah2nya jiwa mereka ini, jiwa yg tidak sensitif dengan keadaan umat islam dan rakan2 mereka yg tertindas sebagai contohnya di Iraq. Mereka masih lagi melakukan kerja2 yg tidak menguntungkan dan tidak mendatangkan sebarang manafaat, masih lagi  membuang masa, masih lagi nak enjoy nak seronok dgn cara yg bodoh, langsung tidak ada perasaan sensitif berhubung dgn rakan2 kita yg tidak ada masa langsung utk enjoy. Tapi kita masih boleh sambut April Fool Day.Kesian,nampaknya jiwa2 kita masih pudar drpd keinsafan dan kesedaran .

Allah swt dalam surah Al-Mukminun ayat ketiga berfirman " Dan diantara tanda org mukmin yg berjaya ialah mereka berpaling dari melakukan perkara yang sia-sia. "Tuan2 dan puan2,ayat yg baru saya bacakan tadi menjelaskan tentang kriteria ataupun ciri orang2 mukmin yg berjaya .Mereka yg tidak mempunyai sifat-sifat ini,mereka tidak akan berjaya,tidak akan mencapai sukses dan diantara cirinya ialah mereka tidak mahu buang masa. Itulah ciri org yang berjaya.

Imam Ibn Kathir dlm kitab tafsir beliau yg bertajuk Tafsirul quranul Azim berkata, Perkara yg sia-sia ataupun lagha yang dimaksudkan oleh Allah dlm ayat yg dibacakan tadi ialah segala perkara yg batil merangkumi perbuatan yg syirik ,maksiat serta perbuatan dan perkataan yg tidak mendatangkan sebarang faedah ,lantas segala perbuatan dan perkataan yg tidak mendatangkan sebarang faedah dibenci oleh agama berpandukan ayat tadi dan dianggap sebagai perbuatan dan perkataan yg lagha yg dibenci oleh Allah swt. Sambutan April fool day termasuk sambutan  yg lagha sebenarnya jika dilakukan oleh org islam ,mereka merupakan org islam yg lagha,yg leka, yg cuai ,yg tidak akan mendapat kejayaan disisi Allah swt.

Justeru Tuan2 dan puan2 yg dimuliakan ,marilah kita jadikan diri kita insan yg tidak suka membuang masa dan mari kita selidiki hidup kita .Kita cuba pastikan agar hidup kita ini ada matlamat. Jika dlm kehidupan ini kita nak enjoy pun,nak seronok2 pun biarlah dlm bentuk yg bermanafaat, sebagai contoh kita membawa anak2 berjalan dan bermain2 dgn anak2,itu ada matlamatnya sebab kita hendak bergaul, berinteraksi dgn anak2 dan dari situ kita nak mendidik mereka ataupun kita mendengar nasyid,lagu2 yg bermanafaat, semua itu ok, bagus.Ia juga enjoy,ia juga satu amalan yg menyeronokkan, tetapi menguntungkan jiwa, mendatangkan kekuatan kpd iman, keyakinan dan sekaligus mendatangkan pahala disisi Allah swt.ini dia ciri orang yg hendak berjaya,bukan seperti yg kita sebutkan tadi golongan yg menyambut April fool day.

Semoga insyaallah Allah memelihara saya,tuan2 dan puan2 drpd terbabas dari jalan yg sebenarnya insyaallah.


27 March 2003                    Top

Berikut adalah rangsang minda DD yang diadakan pada hari Khamis 27 Mac 2003, di Radio Pulau Pinang jam 7.30 pagi.

Assalamualaikum wbk,tuan2 dan puan para pendengar yg dikasihi lagi dimuliakan.Sama2 kita berdoa kpd Allah swt agar rakyat Iraq terutamanya rakan2 kita yg beragama islam seperti kita, dipelihara oleh Allah swt dan semoga pengganas dan penyerang yg telah menyerang mereka akan ditimpakan azab ,bala, kekalahan oleh Allah swt kerana bagi kita sehebat mana pun musuh2 agama , selengkap mana pun mereka tetapi kita meyakini sepenuh hati dan sepenuh perasaan kita bahawa Allah mengatasi segala2nya.

Apabila iman kita, keyakinan kita seperti itu,kita berjalan diatas landasan yg benar landasan yg hak dan semoga insyaallah ia diberkati oleh Allah swt.Tuan2 dan puan2 yg dimuliakan, apabila bercakap tentang Iraq, bercakap tentang serangan yg sedang berlaku sekarang, saya tidak boleh pisahkan minda saya ,pemikiran saya ,perasaan saya drpd satu hadis Nabi.Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dan diantara maksud hadis ini ialah pada suatu hari Nabi saw telah bangun dari tidur dlm keadaan merah padam wajah baginda dan baginda bersabda " Lailahaillallah, kecelakaan bagi bangsa Arab disebabkan kebinasaan yg hampir menimpa mereka kerana pada hari ini telah terbuka benteng Yajjuj dan Majjuj sebesar ini " dan ketika itu Nabi membuat bulatan dgn menggunakan ibu jari dan juga jari telunjuk baginda iaitu Nabi sedang tunjukkan pada para sahabat iaitu benteng Yajjuj dan Majjuj telah terbuka sebesar ini.

Selepas ia membuka semakin membesar maka ia akan keluar dan ketika itu bangsa Arab akan menerima padah yg dasyat. Bayangkan satu ketika dahulu bangsa Arab telah menaikkan nama islam .Saya tak menekankan sangat tentang kepentingan bangsa tapi saya menekankan tentang islam dan sebelum ini bangsa yg telah menaikkan nama islam ialah bangsa Arab.Anda masih ingat dengan nama seperti Jabir ibn Haiyan yg dikenali di Barat sebagai Geber yang digelar disana sebagai The father of modern chemistry bapa kpd ilmu kimia moden.Anda masih ingat nama Khuwarismi arab muslim yg telah menyumbang ilmu algebra dlm konteks matematik dan beliau juga sebenarnya telah mengeluarkan idea yg berkaitan dgn ilmu Algorithm berkaitan sains, kosain dan tangen dan ramai lagi yg seperti beliau mereka ialah org arab yg islamik yg telah menaikkan nama islam.

Tiba-tiba berpandukan hadis yg baru saya sebutkan tadi Nabi saw mengatakan bangsa arab sedang menanti kebinasaan ,dan ketika Arab ataupun negara Arab ujud dlm keadaan kacau bilau ia bermaksud tuan2 dan puan2 Yajjuj dan Majjuj telah ada didunia ketika itu. Pada pengamatan kerdil saya Yajjuj dan Majjuj telah pun ada bersama kita ,cuma pada pagi ini saya tidak akan memperincikan perbincangan tentang itu,tapi dimana2 pun saya mengatakan   Yajjuj dan Majjuj telah pun ada sekarang dan kita berada diambang kiamat sangat, berpandukan hadis ini ,sebab baginda berkata kebinasaan akan berlaku pada Arab dan kebinasaan ini bila berlaku ertinya benteng Yajjuj dan Majjuj telah pecah sepenuhnya,Yajjuj dan Majjuj telah keluar utk mendatangkan kerosakkan dimuka bumi dan diantara tanda  kerosakkan dan kebinasaan itu ialah ia berlaku di wilayah arab dan pada hari ini itulah yg sedang kita saksikan.

Kita sedang saksi Timur Tengah dlm keadaan bergelora ,kita sedang saksikan di kawasan Teluk suasananya amat bergelora ,isu Palestin belum selesai, Iraq pula diserang kemudian   negara arab pula dlm keadaan kepeningan begitulah seterusnya seperti yg kita sebutkan tadi.

Lantas apa yg sepatutnya kita lakukan tuan2 dan puan2 berdepan dengan suasana Yajjuj dan Majjuj seperti yg disabdakan Nabi ini . Pertama jangan lupa berdoa kepada Allah ,dlm bahasa yg agak menjentik sedikit, jangan kedekut untuk berdoa, jangan hanya berdoa utk diri anda , keluarga anda .Itu nama doa seorang kedekut ,tetapi jika anda orang islam,sebahagian drpd umat islam, anda tidak akan lupa sedikit pun utk berdoa bagi rakan-rakan kita yang berada di Palestin, Iraq dan lain2nya yg dalam keadaan pancaroba pada hari ini.

Kedua kita semua ada harta,jangan lupa utk keluarkan sedikit sebanyak harta kita utk bantu mereka.Saya difahamkan Malaysia menghantarkan Doktor-doctor dan juga sukarelawan utk membantu rakyat Iraq disudut perubatan, diwakili oleh sebagai contoh Salam Malaysia dan juga Mercy International .Mereka pergi secara rasmi. Keluarkan sedikit sebanyak wang anda insyaallah salurkan kepada mereka agar wang itu boleh diguna untuk beli ubat ubatan dan seumpamanya.Ini paling kurang yg boleh anda lakukan.

Sebelum saya akhiri rangsang minda pada pagi ini,saya juga nak menyebutkan  satu peringatan oleh Omar Al Khattab ra.Omar Al Khattab ra pada suatu ketika menghantar tentera2 islam untuk berjuang dan beliau telah memberikan  satu peringatan kpd tentera2 islam ketika itu dan beliau berkata "Sebenarnya perkara yg lebih aku bimbang kpdmu bukan sangat musuh-musuhmu, musuh-musuhmu sehebat mana mereka sekalipun aku kurang bimbang tentang mereka.Mereka boleh datang dengan pedang, tombak dan perbagai senjata dan kelengkapan yg lain. Aku tak bimbang,yg aku bimbang sekali ialah tentang kamu sebab jika kamu lupa kpd Allah,kamu tidak bertakwa, kamu bergelumang dengan maksiat,kamu pasti akan kalah.Musuh kamu  memang menentang kamu,menentang islam,memang dikutuk oleh Allah tetapi andaikata kamu juga terjebak dengan perbuatan yg Allah benci,maka Allah juga tidak akan merestui kamu dan kamu pasti akan kalah. Inilah yg perlu kita ambil peringatan bahawa ketika kita memarahi pihak yg mengganas keatas Iraq, jangan pula pada ketika yg sama kita tak sembahyang,kita cuma marah pada pihak yang mengganas, menengking,melenting mungkin setengahnya sudah merah telinga, merah batang hidung tapi sembahyang fardhu tak buat juga, masih main judi,masih kena heroin candu ,kalau begitu memang tak berkatlah orang islam pada hari ini,musuh akan terus pijak dan tindas kita. Sebab Itu Omar berkata yg aku bimbang bukan mereka, musuh kamu yg menyerang, yang aku bimbang kamu sebab Allah hanya akan bantu kamu jika kamu bertakwa dan tunduk kepadanya. Masa itu walaupun mereka hebat, kamu kerdil,kamu tidak hebat,tetapi kerana jiwa dan takwa kamu hebat, kamu pasti akan dibantu oleh Allah.Ini yg hendak kita fikirkan bersama, jangan hanya bersemangat.

Semoga Insyaallah dengan kita mengambil iktibar berhubung dengan insiden yang berlaku ini untuk meningkatkan takwa dengan harapan peningkatan takwa, kebersihan hati akan menyebabkan doa kita makbul dan seumpamanya kita harapkan insyaallah umat islam akhirnya akan menjadi umat contoh, umat terkuat didunia sebagaimana yg telah berlaku sebelum ini demi untuk mendaulatkan kebenaran, keadilan dan juga demi untuk menaikkan nama Allah swt dibumi yg bergelora pada hari ini insyaallah.


6 February 2003                    Top

Berikut adalah rangsang minda DD yang diadakan pada hari Khamis 6 Feb 2003 di Radio Pulau Pinang jam 7. 30 pagi

Assalamualaikum wbk , tuan2 dan puan2 para pendengar yang dimuliakan. Kita sebenarnya masih bersedih dgn tragedi Columbia yg berlaku pd 1 Feb baru-baru ini. Kapal angkasa Columbia ketika memasuki ruang udara texas meletup diangkasaraya dan menyebabkan 7 orang anak kapalnya mati.Ketika itu kapal angkasa Columbia berada lebih kurang 40 batu diatas bumi dan hanya beberapa minit lagi ia akan mendarat di Florida, tiba2 ia meletup dan jadilah ia satu tragedi besar yg akan dirakamkan oleh buku sejarah selepas ini.

Semua ini mengingatkan saya tentang satu perkara,tentang kuasa Allah swt.Sehebat mana kita sekalipun , setinggi mana kepakaran sains kita sekalipun,seunggul mana perancangan kita sekalipun jgn lupa tentang satu perkara.Ini peringatan utk diri saya,tuan2 dan puan2 yg dimuliakan, jgn lupa tentang satu perkara,tentang kuasa dan keunggulan Allah swt.

Tuan2 dan puan2 masih ingat tentang 1 lagi tragedi yg berlaku pd abad ke 20 di kapal Titanic. Anda masih ingat ?.Ketika kapal Titanic belayar bagi kali pertamanya dan dikatakan kapal ini tak mungkin tenggelam. Jika saya meminjam perkataan dari Encyclopedia Brittanica kalimat yg digunakan ialah, It was consider unsinkable,kapal Titanic ini tidak mungkin akan tenggelam. Tiba2 pada pelayarannya yg pertama, ia tenggelam,ia berlanggar iceberg dan ia tenggelam dan kandas bersama 1500 orang penumpang2nya pada tarikh 15 April 1912 lebih kurang 640 meter di Selatan new Founland.Lagi sekali Allah tonjolkan kekuasaannya.

Oo kamu mengatakan kapal kamu tak mungkin tenggelam,sebab pakar2 sains kamu telah mencipta satu kapal yang hebat. Tiba2 tenggelam, lagi sekali Allah peringatkan kita tentang dia.Kamu selalu lupakan aku dan aku akan peringatkan kamu dari masa ke semasa tentang kuasa aku,tentang kehebatanku Allah swt.

Justeru tuan2 dan puan2 yg dimuliakn,mari sama2 kita ambil perhatian dgn satu ayat Al-Quran dari Surah Al-Kahfi ayat 23 - 24......... Ini ayat penting tuan2. Maksudnya "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu,sesungguhnya aku akan melakukannya besok kecuali dgn menyebut Insyaallah ".

Inilah motivasi utk diri kita.rancanglah,adakan matlamat yg baik, ujudkan team dan seumpamanya, tapi jgn lupa Insyaallah. Selepas kita merancang,selepas kita kita menyusun strategi,jangan lupa semoga kita berjaya dengan izin Allah.Jangan lupa berdoa,jangan lupa menadah tangan,pohonkan keredhoan ilahi.Kemungkinan dlm konteks kita dizaman canggih ini,ini yg sering kita lupakan. Kita lupa Insyaallah,mungkin kita buat kapal Columbia yg hebat, kita lupa Insyaallah,kita layarkan kapal Titanic oo!! it is unsinkable,tak mungkin tenngelam.Kita lupa tentang Allah.Sama juga dgn kita pada hari ini,kita berkata kita boleh, remaja boleh,belia boleh dan semua boleh, tapi ingat, ingat bila kita berkata semua itu,ingat Insyaallah,sebab ada satu kuasa yg boleh menjadikan tidak boleh, itulah Allah swt.

Maka inilah yg hendak kita peringatkan pada pagi yg permai ini, ditengah2 boleh kata Insyaallah. Jadi tragedi dan apa2 yg berlaku dlm hidup kita,sebenarnya ada kebaikkannya, ada hikmahnya, ada pengajarannya dan satu diantaranya ia mengajar hati kita agar sentiasa ingat kpd Allah swt.

Justeru sebagai rumusannya,tuan2 dan puan2 yg dimuliakan,mari kita terus melangkah,mari kita bangun jika terjatuh dan mari kita merancang dan menyusun strategi dgn baik. Jangan bimbang tentang apa2 ujian ditengah jalan,yg penting kita berikhtiar,kita berusaha, kita menyusun strategi dan juga yg penting ialah kita melakukannya dgn ikhlas dan dengan keyakinan Allah akan membantu kita disamping kita berdoa kepadanya.Apabila semua rumusan ini lengkap kita susun aturkan,Insyaallah kita akan berjaya.semoga anda akan terus berjaya Insyaalah.


Disclaimer
 
The information and links in this website does not represent the maintainer's attitudes, beliefs and views unless being stated otherwise.