Solat Istikharah


Soalan:
Saya ingin meminta pendapat dari netters bagaimana kita ingin mentafsir atau membuat keputusan dari sembahyang istikharah kita apabila tiada sebarang mimpi yang kita perolehi (mimpi yang memberi alamat mengenai masalah yang dihadapi) selepas bersembahyang beberapa kali....

----------------------------------------------

Jawab:

Mimpi dan solat istikharah tidak ada kaitan.

Petunjuk yg datang sesudah istikharah ialah gerak hati, yakni hati merasa tenang atau cenderong kpd sesuatu dari dua pilihan bermakna itulah yg dikehendaki oleh Allah.

Istikharah berlaku apabila kita berhadapan dgn dua pilihan yg seimbang sehingga sukar dan berat utk kita menentukan pilihan kerana kedua-dua alternatif itu memiliki persamaan yg hampir serupa.

Istikharah selalunya ditemui dalam isu menentukan calon isteri, memasuki fakulti yg mana satu, universiti yg mana satu, memilih antara dua pekerjaan/kerjaya, tempat tinggal, taman A atau taman B, bandar A atau bandar B dsbnya.

Istikharah ialah menyerahkan pemilihan kpd Allah agar memberi pilihan yg terbaik dari dua pilihan yg mendatangkan pulangan yg maksima dari segi agama, kehidupan, rezki dan segala akibat urusan yg kita pilih itu.

Istikharah tidak boleh dilakukan oleh seorang ayah samada menerima atau menolak pinangan seorang lelaki yg diketahui rendah akhlaqnya...

Rujukan: Prof Mutawalli Sya'arawi, anta tasal wa Islam yujib jld 2)

MSMNet