PERBEZAAN SYARIAT DAN FIQH (DAN HUKUM)


soalan:

1.kenapa syariat lebih luas dari fiqh? Ada beza ke perkara2 tu?

2.tolong jelaskan pasal dalil qati'i (dilalah etc)

JAWAPAN UMUM ATAU JAWAPAN DETAIL?

Saya berasa serba salah sama ada untuk menjawab secara umum atau detail. Kalau dijawab secara umum, dikhuatiri banyak perkara yg tak dapat difahami. Kalau dijawab secara detail, dikhuatiri akan lebih mengelirukan kerana persoalan definisi yg pelbagai mengikut konteks yg berlainan, disiplin ilmu yg berlainan, dan mengikut individu ulama' yg berlainan. Saya mengambil keputusan utk menjawab secara umum dan berharap agar netters semua berusaha untuk mempelajari ilmu Usul al-Fiqh secara berguru atau pembacaan secara terbimbing di dalam usrah-usrah. Saya akan bagi pengajaran-pengajaran di perenggan akhir untuk memudahkan *mesej sebenar* difahami.

PERBEZAAN SYARI`AT DAN FIQH (DAN HUKUM)

Definisi "syari`at" dan "fiqh" ada pelbagai. Saya akan memilih definisi berdasarkan konteks perbincangan saya dalam posting terdahulu tentang "Syari`at itu adalah menjangkau hukum-hakam fiqh." Ini utk mengelakkan kekeliruan.

1. "Syari`at" adalah satu sistem yg diturunkan oleh Allah melalui al-Qur'an al-Karim dan diterangkan secara praktikal oleh Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup manusia. IOW, syari`at (berdasarkan konteks perbincangan) adalah al-Din yg syumul itu sendiri.

2. "Fiqh" adalah pemahaman terhadap hukum-hakam syari`at yang praktikal yang bersumberkan dalil-dalil yang terperinci. Kebanyakan hukum-hakam fiqh adalah berdasarkan daya-usaha pemikiran mujtahid-mujtahid dalam memahami nas-nas dan realiti semasa.

3. "Hukum" adalah khitab syar`i (e.g. al-Qur'an, al-Hadith, al-Ijma` dan seterusnya) yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf. Ia berkaitan dgn hukum fardu, sunat, harus, makruh, dan haram (mengikut jumhur)

CONTOH-CONTOH UTK MEMUDAHKAN PEMAHAMAN

Sebenarnya susah nak terangkan without going into technical detail. Mungkin beberapa contoh akan menjelaskan dgn lebih lanjut.

1. Ayat-ayat yang berkaitan dgn hukum-hakam di dalam al-Qur'an hanya sekitar 300-500 ayat sahaja. Dari ayat-ayat inilah biasanya mujtahid berijtihad mengeluarkan hukum. Syari`at Islam menjangkau persoalan hukum-hakam kerana ayat2 al-Qur'an juga mengandungi ayat2 kawniyyah (kejadian), qasas (kisah-kisah), etc. Hadith-hadith juga ada yang berkaitan dengan hukum-hakam dan ada yang tidak. Oleh itu, perjuangan kita *bukan sekadar* ingin melihat hukum-hakam fiqh tertera dalam undang-undang negara tapi memastikan syari`at Islam dihayati oleh manusia.

2. `Umar RA pernah menangguhkan pelaksanaan hukum fiqh tentang hudud. *Penangguhan* satu hukum fiqh oleh `Umar RA ironically adalah *pelaksanaan* syari`at Islam itu sendiri.

3. Ramai orang suka berkata perbuatan sekian-sekian adalah bertentangan dengan syari`at Islam. Padahal yg dimaksudkan adalah perbuatan tersebut bertentangan dengan pendapat fiqh atau fatwa salah satu ulama' dalam Islam.


PENJELASAN TENTANG DALIL QAT`I

Satu lagi topik yang sukar nak diterangkan dlm beberapa patah perkataan lebih-lebih lagi dalam bentuk tulisan unilateral dan ringkas di alam cyber. Semoga Allah beri kekuatan kpd saya menerangkannya. Again, pengetahuan terhadap ilmu Usul Fiqh akan dapat menolong anda memahaminya.

PEMBAHAGIAN DALIL2 QAT`I

Qat`i bermaksud definitif. Lawannya Zanni bermaksud spekulatif.

1. Qat`iyyah al-Thubut: Dalil tersebut definitif dari segi periwayatannya. e.g. al-Qur'an, Hadith Mutawatir, dan sesetengah hukum ijma`. Tidak semua hadith sahih itu mutawatir. Oleh itu tidak semua hadith sahih itu dalil qat`i.

2. Qat`iyyah al-Dilalah: Dalil tersebut definitif dari segi interpretasi maknanya. Contohnya, makna 100 kali sebat di dalam dalam hukum zina adalah qat`i. Tiada orang interpret it as 50 kali sebat. In contrast, perkataan "al-lams" (sentuh) di dalam al-Qur'an pula boleh diinterpretasikan sebagai "bersentuh kulit" atau "bersetubuh" dalam bab perkara yg membatalkan wudu'.

Dalil yg qat`i tidak akan membawa kepada perselisihan (melainkan dilihat dari segi maqasid syar`iyyah = tujuan syari`at). Dalil yg zanni terbuka kepada interpretasi and hence perselisihan pendapat. Ia memerlukan kepada pengetahuan tentang `Ulum al-Qur'an, `Ulum al-Hadith, Nusus al-Adabiyyah (kesusasteraan Arab), Ilmu Balaghah (Keindahan Bahasa), Ilmu Nahw (Grammar), etc. etc. Disebabkan pembahagian ini jugalah Abu Hanifah (ra) membezakan hukum fardu dan wajib, serta hukum haram dan makruh tahrim.

PENGAJARAN

Sebelum saya get carried away by being too technical, saya ingin berikan pengajaran-pengajaran kepada posting saya ini:

1. Tugas kita bukan sekadar memastikan sistem perundangan Islam tertegak dalam bentuk legislatif, tapi juga menegakkan `aqidah Islam, `ibadah Islam, akhlaq Islam, kerohanian Islam, pendidikan Islam, sistem politik, ekonomi, dan sosial Islam, sistem pentadbiran/pengurusan Islam, sistem kehakiman/pengadilan Islam, sistem ketenteraan, sistem keilmuan/kebudayaan
etc. etc. (rujuk Usul 1 daripada Usul 20 al-Banna RH). Tugas ini memerlukan usaha-usaha da`wah dan tarbiyyah yg berterusan dan kemas bukan sahaja terhadap barisan penda`wah tapi juga masyarakat keseluruhannya.

2. Kita hendaklah memahami apa yg boleh dan tidak boleh diperselisihkan. Jika ada perselisihan hendaklah kita meng`amalkan adab2 perselisihan dan memerhati fiqh al-awlawiyyat. Adalah amat mudah utk pemuda-pemuda yang baru mengenali Islam yang syumul dan da`wah Islamiyyah utk memandang isu-isu da`wah secara sempit, emosi, dan simplistik. Sekali lagi, tugas ini memerlukan usaha-usaha da`wah dan tarbiyyah yang akademik dan profesional bagi memastikan kelahiran barisan penda`wah yg berkualiti dan khalayak masyarakat yang juga berkualiti.

Sekian, kesukaran mencari terjemahan yg tepat dan mudah utk istilah `Arab mungkin menyukarkan pemahaman. Saya sedar bahawa posting saya juga adalah tidak qat`i dari segi dilalahnya :-) IOW, mungkin berlaku silap faham. Saya sangat berharap agar netters menafsirkan tulisan ini secara positif bukannya negatif bagi mengelakkan perselisihan faham yang tercela. Wallahu a`lam. Tasbih kifarah. Wa al-`Asr. Wassalamualaikum.

Extracted From MSM-Net: