Bibliography of Ibn Taymiyah


Bibliography of Ibn Taymiyah

Seorang lagi rujukan utama dalam menjawab pelbagai msalah fiqh di jaringan maya ialah Syaikhul Islam Imam Ibn Taymiyah RM. Ia adalah di anggap tokoh revolusiner dan paradigm shifter (penganjak paradigma) yang terunggul dalam dunia keilmuan Islam.

Nama penuh: Taqiyudin Ahmad Ibn Taymiyah alHarani alHanbali.

Kelahiran: Harran, Palestine dan kemudian berhijrah dan dibesarkan dikota Damsyik, Syria.
Tarikh lahir: 661 H/ 1263 M dan meninggal dalam penjara di Damsyik pada 728H/1328M pada umur 65 tahun.

Kecermelangan akademik Ibn Taymiyah:

Beliau dianugerahkan kecerdasan aqal, IQ yg luar biasa dan kekuatan daya ingatan yg mengkagumkan. Dibesarkan dlm keluarga ilmu di mana ayahnya ialah seorang pensyarah bertaraf Professor di Madrasah Sukkariyah, Damsyik. Kepantasannya dalam dunia akademik amat menakjubkan, Imam Ibn Taymiyah sudah ditauliahkan sebagai Qadhi pada umur 17 tahun, kemudian pada umur 19 tahun telah dianugerahkan pengiktirafan yang setaraf dengan professor (sekarang) dalam bidang pengajian Islam. Pada umur 30 tahun, beliau ditawarkan sebagai Ketua Qadhi bagi Wilayah Syria, tapi menolaknya.

Sumbangan Ibn Taymiyah:

Dibesarkan dalam keluarga bermadzhab Hanbali dan menetap di Syria yg juga dikuasai oleh feqh Hanbali telah mempengaruhi aliran feqah Ibn taymiyah dalam ulum Feqh; namun beliau tidak menunjukkan `bias'nya (keutamaannya) kpd Hanbali, malah beliau membawa aliran beliau sendiri yakni mengambil intipati dari empat madzhab besar itu dan juga dari aliran-aliran lain. Ia banyak menggunakan metod ijtihad secara rasional dan ini telah menimbulkan kemarahan bagi ulamak tradisional. Tidak hairanlah kalau Imam Ibn Taymiyah banyak menghabiskan masanya merengkok dlm penjara kerana fitnah dan caranya yg tidak disenangi oleh ulamak-ulamak tradisionalis dan pemerintah. Semasa dipenjaralah, Imam Ibn Taymiyah telah menghasilkan karya2 agung terutamanya Majmu Fatawa Ibn Taymiyah yang sebanyak 37 Vol . Imam Juga aktif dalam jihad melawan Tartar, berkhutbah dan mengepalai mobilasi umat di sa'at itu ramai tokoh2 sufi yang melarikan diri ke Mesir.

Apa yg menyebabkan Imam Ibn Taymiyah dianggal tokoh radikal dan ditolak oleh kaum tradisionalis?

Beliau membawa satu aliran radikal dan reformis dalam dunia keilmuan islam yg dikuasai oleh aliran tradisionalis yang berpaksikan taklid dan bermadzhab serta masyarakat telah dipenuhi dgn amalan khurafat dan bid'ah. Imam Ibn Taymiyah membuat reformasi yg menyeluruh dalam membersihkan bid'ah dan ajaran sufi serta amalan tariqat yg menyeleweng. Beliau
juga telah menimbulkan kejutan dgn menyerang ajaran falsafah yg sesat dan fahaman logik yg dikepalai oleh Muktazilah, Jabariah, Jahmiyah dan Qadariah.

Cara dia menyampaikan ajarannya dan tulisannya adalah amat mudah, jelas dan terus kpd sumber asal Islam Alqur'an dan sunnah.

Murid2 beliau sangat ramai, antara yg masyhur ialah Imam Ibn Qayyim, Imam Ibn Kathir, Hafidz az Zaahabi dll.

Karya beliau semuanya berjumlah 350 buah antara yang paling masyhur ialah:
1. Majmu'ah Fatawa al Kubra (5 vol)
2. Majmu Fatawa (37 vol)
3. Usyul Feqh
4. Tibyan fi nuzul alQur'an
5. al Ubudiyah
6.Tawassul wal wasilah
7. Risalah Usyul ad Din
DLL

Penutup:

Gagasan dan anjakan paradigma Ibn Taymiyah telah mencetuskan satu pembaharuan dalam dunia Islam yg kemudian telah
melahirkan gerakan Wahabi di Saudi dan landasan reformasi dalam dunia keilmuan Islam serta pembukaan semula pintu
ijtihad dan borderless dalam pegangan feqah yg merentasi madzhab dan aliran.

Rujukan utama:
Ibn Kathir, al Bidayah wal Nihayah, m/s 56-145

sekian'
MSMNet